Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia larang kunjungan pelawat antarabangsa buat dua minggu mulai 1 Jan susuli penemuan varian virus baru

Dec 28, 2020 | 9:26 PM
LANGKAH KESELAMATAN: Seorang pekerja jagaan kesihatan dengan sut pelindungan bahan berbahaya (Hazmat) sedang mengumpulkan sampel daripada penumpang pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Banten, Indonesia. - Foto EPA-EFE/ADI WEDA
LANGKAH KESELAMATAN: Seorang pekerja jagaan kesihatan dengan sut pelindungan bahan berbahaya (Hazmat) sedang mengumpulkan sampel daripada penumpang pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Banten, Indonesia. - Foto EPA-EFE/ADI WEDA -

JAKARTA: Pengunjung antarabangsa tidak diizinkan memasuki Indonesia bagi tempoh dua minggu dalam usaha mengekang varian koronavirus baru yang lebih 'mengganas' dan mudah menjangkiti individu, kata Menteri Luar Negeri Indonesia, Cik Retno Marsudi pada Isnin (28 Disember).

Undang-undang baru yang berkuatkuasa pada Jumaat (1 Januari) diperkenalkan beberapa hari selepas Indonesia tidak mengizinkan pengunjung dari Eropah dan Australia datang ke negara tersebut bagi mengekang penularan varian baru koronavirus berkenaan.

Awal tahun ini, Indonesia melarang semua pelancong daripada berkunjung dengan beberapa pengecualian dibuat untuk pelawat yang perlu berurus niaga.

Undang-undang baru itu pula, jelas agensi berita Reuters, mengecualikan lawatan pegawai pemerintah bertaraf tinggi. - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg