Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia larang perhimpunan ramai Krismas, petang Tahun Baru sedang kes Covid-19 meningkat

Dec 16, 2020 | 6:11 PM
TANGANI COVID-19: Di Indonesia, seorang pekerja jagaan kesihatan melakukan ujian Covid-19 ke atas seorang penumpang kereta di Medan. - Foto EPA-EFE
TANGANI COVID-19: Di Indonesia, seorang pekerja jagaan kesihatan melakukan ujian Covid-19 ke atas seorang penumpang kereta di Medan. - Foto EPA-EFE -

JAKARTA: Dalam usaha menangani kadar jangkitan Covid-19 baru yang meningkat dengan tampungan katil hospital hampir penuh terisi, Indonesia melarang perhimpunan besar-besaran sewaktu perayaan Krismas dan petang Tahun Baru.

"Suka ataupun tidak, perhimpunan besar tidak akan diizinkan. Saya telah meminta gabenor wilayah agar memastikan tiada perhimpunan penduduk pada petang Tahun Baru," kata Menteri Penyelaras Bidang Kelautan dan Pelaburan, Encik Luhut Pandjaitan, pada Selasa (15 Disember).

Dalam satu rakaman mesyuarat maya yang dikongsi pejabat media Encik Luhut, beliau yang juga pembantu peribadi Presiden Joko Widodo berkata:

"Krismas di gereja mungkin terbatas pada sekitar 50 orang, bagi mengekalkan jarak selamat...Jika kita tidak mengetatkan langkah kawalan ini, kes akan terus bertambah dan kian meruncing."

Encik Luhut ditugaskan memimpin usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19 di wilayah dengan kes terbanyak.

Sebanyak 6,937 kes koronavirus baru dikenal pasti di Indonesia, antara 2 dengan 8 Disember lalu dengan 7,780 kes pula dikesan pada minggu selepas itu.

Ini berbanding jumlah kes antara pertengahan September dan pertengahan November yang turun naik daripada 2,700 hingga 4,500 kes, menurut data yang didedahkan dalam mesyuarat maya itu. - THE STRAITS TIMES

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg