Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia lulus pengharaman seks sebelum nikah

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Parlimen Indonesia semalam meluluskan undang-undang yang mengharamkan hubungan seks sebelum berkahwin sambil membuat perubahan besar lain pada kanun jenayah - satu langkah yang disifatkan pengkritik sebagai halangan kepada hak kebebasan di negara itu.



Selepas kanun jenayah baru yang penuh kontroversi itu menerima undi majoriti daripada penggubal undang-undang semasa satu sesi pleno, timbalan speaker dewan, Encik Sufmi Dasco Ahmad, memukul tukul kayu untuk menandakan kanun itu diluluskan.



"Kami telah cuba sedaya upaya untuk menampung isu-isu penting dan pendapat berbeza yang dibahaskan.



"Namun, sudah tiba masanya untuk kita membuat keputusan bersejarah mengenai pindaan kanun keseksaan dan meninggalkan kanun jenayah penjajah yang kita warisi," kata Encik Yasonna Laoly, Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, kepada Parlimen.



Kumpulan hak asasi manusia telah membantah pindaan itu, mengecam tindakan keras terhadap kebebasan sivil dan peralihan ke arah fundamentalisme di negara tersebut dengan majoriti penduduk Islam yang paling ramai di dunia.



Beberapa artikel paling kontroversi dalam kanun yang baru diluluskan itu ialah menjenayahkan seks pranikah dan luar nikah, serta bersekedudukan dengan pasangan yang belum berkahwin.



Terdapat juga kebimbangan peraturan itu boleh memberi kesan besar kepada masyarakat LGBTQ di Indonesia di mana perkahwinan sejenis tidak dibenarkan.



Jurucakap pasukan perhubungan rang undang-undang kanun jenayah Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Encik Albert Aries, mempertahankan pindaan tersebut sebelum pengundian dilakukan dengan berkata undang-undang itu akan melindungi institusi perkahwinan.



Beliau berkata perbuatan seks luar nikah hanya boleh dilaporkan oleh pasangan, ibu bapa atau anak, membataskan skop pindaan itu.



Semakan semula kanun jenayah Indonesia, yang bermula sejak zaman penjajahan Belanda, telah diperdebatkan selama beberapa dekad.



Kumpulan hak asasi manusia berkata pindaan itu menggariskan peralihan yang semakin meningkat ke arah fundamentalisme di negara yang telah lama dipuji kerana dasar toleransi beragamanya, dengan sekularisme termaktub dalam Perlembagaannya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >