Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:07
Asar
4:19
Maghrib
7:10
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia, Malaysia dan Filipina setuju lakukan rondaan terselaras cegah lanun

May 05, 2016 | 02:31 PM



YOGJAKARTA/JAKARTA: Indonesia, Malaysia dan Filipina bersetuju menjalankan rondaan yang diselaraskan di kawasan sering berlaku kegiatan melanun di Laut China Selatan, dan menubuhkan pusat krisis di negara masing-masing agar lebih responsif pada kecemasan maritim, kata Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, pada Khamis (5 Mei 5).



Hotline khusus antara mereka juga akan diadakan bagi memudahkan pertukaran maklumat dengan lebih cepat pada masa krisis di laut.



Inisiatif itu akan disesuaikan daripada "amalan terbaik" Rondaan Selat Melaka (MSP), yang ditubuhkan pada 2006 oleh tentera laut Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand, kata Cik Retno kepada media selepas sebuah mesyuarat melibatkan pegawai dari Indonesia, Malaysia dan Filipina.



Pertemuan tiga hala itu, yang dihos oleh Indonesia di Yogyakarta, diadakan selepas kejadian penculikan baru-baru ini di perairan selatan Filipina dan utara Borneo, di mana Indonesia berkongsi sempadan dengan Malaysia.



Presiden Joko Widodo memberitahu media selepas menerima kunjungan hormat para menteri luar dan wakil angkatan bersenjata Malaysia dan Filipina, bahawa selain hotline krisis, beliau meminta perwakilan itu membincangkan cara rondaan akan dijalankan, tindakan yang perlu diambil apabila respons terhadap insiden di laut, serta prosedur operasi bersama antara tentera dari tiga negara itu.



Pegawai yang menghadiri perbincangan itu termasuk Cik Retno, serta rakan sejawatan beliau, Datuk Seri Anifah Aman dari Malaysia dan Encik Jose Rene Almendras dari Filipina.



Ketua angkatan tentera Indonesia, Jeneral Gatot Nurmantyo, dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin, dan Filipina, Laksamana Caesar C. Taccad, turut menyertainya.



Cik Retno berkata ketua tentera dari ketiga-tiga negara akan melakukan susulan berhubung prosedur operasi yang akan diguna pakai.



Dalam tempoh lima minggu lalu, 14 pelaut Indonesia dan empat pelaut Malaysia diculik dari bot mereka oleh lelaki bersenjata yang dipercayai ada hubungan dengan kumpulan pengganas Filipina, Abu Sayyaf.



Sepuluh pelaut Indonesia yang diculik pada akhir Mac dibebaskan pada 1 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >