Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia memperingati peristiwa tsunami 2004

Dec 26, 2018 | 6:32 PM
MEMPERINGATI PERISTIWA TSUNAMI: Seorang lelaki membuat persiapan untuk menziarahi kubur mangsa tsunami pada 2004 di Ulee Lheue.
MEMPERINGATI PERISTIWA TSUNAMI: Seorang lelaki membuat persiapan untuk menziarahi kubur mangsa tsunami pada 2004 di Ulee Lheue. - Foto AFP

ACEH BESAR: Ribuan orang membanjiri pusara mangsa tsunami Aceh hari ini (26 Disember) sempena memperingati ulang tahun ke-14 peristiwa tsunami pada 2004 yang disifatkan sebagai antara bencana alam paling teruk dalam sejarah.

Sementara itu, pekerja bantuan pula sibuk membantu mangsa kejadian tsunami terkini yang melanda Indonesia Sabtu lalu.

Tsunami pada 26 Disember 2004 itu meragut nyawa hampir 170,000 orang apabila ia melanda Aceh.

Lagi 50,000 mangsa turut terkorban di negara lain sekitar Lautan Hindi.

Acara memperingati tsunami itu tahun ini lebih memilukan kerana hanya beberapa hari sebelum itu, satu lagi kejadian tsunami melanda negara itu tanpa amaran dan mengorbankan lebih 400 orang.

Ribuan orang menziarahi pusara mangsa tsunami pada 2004 di Aceh Besar, dengan setiap batu hitam menandakan satu tapak kubur. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg