Indonesia sedang menimbangkan pengecualian kuarantin untuk pelawat asing ke pulau percutian Bali mulai minggu depan, kata pegawai pada Sabtu (5 Mac), manakala negara jiran Malaysia telah memansuhkan sekatan ke atas pelancong dari Thailand dan Kemboja.

Indonesia dan Malaysia telah mengenakan beberapa prosedur kemasukan yang paling ketat di Asia untuk cuba membendung wabak Covid-19 dan mengelakkan varian baru, tetapi sekatan itu menjejas sektor pelancongan mereka.

Langkah Indonesia untuk memberi pelepasan kepada pelawat yang divaksin sedang dalam perbincangan tetapi kemungkinan akan diputuskan oleh Presiden Joko Widodo pada Isnin, kata jurucakap Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan dalam laporan Reuters.

Jurucakap itu juga berkata pelawat dari 23 negara, termasuk Australia, Amerika Syarikat, Jerman dan Belanda, akan layak mendapat visa semasa ketibaan di bawah peraturan yang disemak semula.

Dalam pada itu, Malaysia akan membenarkan pelawat yang sudah divaksin dari Kemboja dan Thailand dikecualikan daripada kuarantin mulai 15 Mac.

Terdapat beberapa penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh, Bangkok dan pulau Phuket.

Sejauh ini, Malaysia telah mengecualikan kuarantin untuk pengunjung dari Singapura.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti