Indonesia, M'sia bakal longgarkan sekatan bagi pelancong

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia, M'sia bakal longgarkan sekatan bagi pelancong

Mar 6, 2022 | 5:30 AM

Indonesia, M'sia bakal longgarkan sekatan bagi pelancong

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
20a42fa1-951c-49ce-b762-21796800d8d3
-

JAKARTA/KUALA LUMPUR: Indonesia sedang menimbangkan pengecualian kuarantin untuk pelawat asing ke pulau percutian Bali mulai minggu depan, kata pegawai negara itu semalam, manakala negara jiran Malaysia telah memansuhkan sekatan ke atas pelancong dari Thailand dan Kemboja.

Indonesia dan Malaysia telah mengenakan beberapa prosedur kemasukan yang paling ketat di Asia untuk cuba membendung wabak Covid-19 dan mengelakkan varian baru, tetapi sekatan itu menjejas sektor pelancongan mereka.

Langkah Indonesia untuk memberi pelepasan kepada pelawat yang divaksin sedang dalam perbincangan tetapi kemungkinan akan diputuskan oleh Presiden Joko Widodo pada Isnin, kata jurucakap Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan.

Jurucakap itu juga berkata pelawat dari 23 negara, termasuk Australia, Amerika Syarikat, Jerman dan Belanda, akan layak mendapat visa semasa ketibaan di bawah peraturan yang disemak semula.

Cik Ida Ayu Indah Yustikarini dari pejabat pelancongan pemerintah Bali juga mengesahkan rancangan pengecualian kuarantin kepada agensi berita Reuters, tetapi berkata keputusan muktamad adalah dengan pemerintah pusat.

Dalam pada itu, Malaysia akan membenarkan pelawat yang sudah divaksin dari Kemboja dan Thailand dikecualikan daripada kuarantin mulai 15 Mac.

Terdapat beberapa penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh, Bangkok dan pulau Phuket.

Sejauh ini, Malaysia telah mengecualikan kuarantin untuk pengunjung dari Singapura.

Manakala Indonesia sejak Oktober telah membenarkan kemasukan pelawat dari negara tertentu ke Bali dan telah mengurangkan masa kuarantin secara berperingkat kepada tiga hari.

Langkah itu menjejaki langkah negara jiran Filipina, Vietnam dan Thailand, yang telah mengecualikan kuarantin sebagai ganti kepada ujian Covid-19 sebelum berlepas dan semasa ketibaan. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg