Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia mula buka sempadan kepada orang asing

Sep 17, 2021 | 5:00 PM
Orang ramai di Indonesia menunggu giliran mendapatkan vaksinasi Covid-19. - Foto REUTERS
Orang ramai di Indonesia menunggu giliran mendapatkan vaksinasi Covid-19. - Foto REUTERS -

JAKARTA: Pemerintah Indonesia telah menamatkan penutupan dek Covid-19 dengan membolehkan orang asing dengan visa sah Indonesia serta permit penetapan memasuki semula negara, menurut seorang jurucakap.

Menteri Kehakiman Yasonna Laoly mengeluarkan peraturan baru kelmarin (15 Sep) untuk membatalkan peraturan sebelumnya yang sepenuhnya melarang lawatan tidak penting di tengah-tengah penularan varian Delta koronavirus tersebut.

Kedatangan pengunjung antarabangsa sebelum ini hanya terhad kepada lawatan rasmi dan pemegang visa diplomatik sedang sistem kesihatan negara menderita akibat lonjakan dramatik dalam kes dan kematian Covid-19.

Peraturan kementerian terbaru itu "membuka kembali akses ke Indonesia bagi orang asing dengan visa dan permit penetapan yang sah," kata jurucakap Pejabat Imigresen Arya Pradhana Anggakara dalam satu kenyataan.

Ia juga termasuk bagi kru kapal dan kapal terbang antarabangsa yang transit di Indonesia, tambahnya.

Bagaimanapun, pegawai imigresen diberi kuasa untuk menolak kemasukan pengunjung dari negara berisiko tinggi di mana wabak Covid-19 tetap tidak terkawal, berdasarkan nasihat kementerian dan agensi negeri yang berkaitan, katanya.

Pelawat asing diwajibkan memiliki insurans kesihatan yang berlaku di Indonesia.

"Sekiranya mereka tidak memilikinya, mereka mesti menandatangani surat yang menyatakan bahawa mereka setuju untuk menanggung semua perbelanjaan perubatan sekiranya mereka dijangkiti Covid-19 ketika tinggal di Indonesia," kata Arya. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg