Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia mula guna vaksin AstraZeneca

Mar 24, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia telah memulakan vaksinasi warganya menggunakan vaksin Covid-19 yang dibuat firma Britain-Sweden AstraZeneca, bermula di kawasan pelancongan di Bali dan wilayah Jawa Timur, setelah ditunda sebelum ini ekoran kebimbangan mengenai isu pembekuan darah.



Badan Kawalan Ubat dan Makanan (BPOM) negara itu berkata Jumaat lalu bahawa vaksin tersebut selamat digunakan.



Majlis Ulama Indonesia (MUI) juga telah mengeluarkan fatwa yang mengesyor-kan penggunaannya dan mengatakan ia boleh diberi bagi penggunaan darurat wa-laupun haram. MUI mendakwa vaksin tersebut diproses dengan trypsin yang berasal daripada babi, tetapi AstraZeneca pada Ahad lalu menafikan dakwaan tersebut.



Pada 8 Mac lalu Indonesia menerima 1.11 juta dos vaksin AstraZeneca, daripa-da sejumlah 11.7 juta dos yang akan diterimanya secara berperingkat hingga Mei di bawah kemudahan perkongsian vaksin global Covax.



Namun, pemerintah telah memutuskan menangguhkan penggunaannya sementara menunggu semakan oleh Pertu-buhan Kesihatan Dunia (WHO) berkaitan isu pembekuan darah, lapor The Straits Times.



Kelmarin, AstraZeneca mengatakan vaksinnya 80 peratus berkesan untuk mencegah penyakit pada orang tua dan tidak meningkatkan risiko pembekuan darah, setelah percubaan fasa tiga keberkesanan di Amerika Syarikat, lapor AFP.



Ia 79 peratus berkesan mencegah Covid-19 bergejala pada keseluruhan penduduk dan 100 peratus berkesan mence-gah penyakit serius yang perlu dimasuk-kan ke hospital, tambah firma itu.



Beberapa negara telah menyarankanagar tidak memberi vaksin itu kepada or-ang tua kerana kekurangan data di kalan-gan peserta tua dalam ujian sebelumnya.



Awal bulan ini, beberapa negara jugamenghentikan penggunaan suntikan As-traZeneca kerana bimbang ia boleh menyebabkan pembekuan darah, lapor AFP.



Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) dan WHO mengatakan manfaatnya me- lebihi risiko, setelah siasatan mengenai laporan pembekuan darah.



Di Indonesia, ketua bahagian pencega- han dan kawalan penyakit di badan kesi-hatan Bali, Encik I Wayan Widia, berkata inokulasi menggunakan vaksin AstraZeneca dimulakan kelmarin di kemudahan awam dan klinik kesihatan di tiga destinasi pelancongan di seluruh pulau - Sanur, Nusa Dua dan Ubud.



Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Encik Sandiaga Uno, sebelum ini berkata pemerintah sedang mempersiap-kan apa yang disebut sebagai "koridor bebas Covid" untuk membuka semula tempat pelancongan utama Indonesia, terma-suk Bali, yang ekonominya amat bergan-tung kepada pelancongan dan telah teruk terjejas ekoran Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >