Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia pastikan kebebasan nelayan yang ditangkap Abu Sayyaf

Jan 20, 2018 | 03:54 PM



JAKARTA: Dua warga Indonesia yang diculik ketika berada di perairan kawalan Abu Sayyaf sekitar Sabah, Malaysia Timur, lebih setahun lalu, telah dibebaskan oleh kumpulan ekstremis itu dan sedang dalam perjalanan pulang, menurut jurucakap Kementerian Ehwal Luar di Jakarta hari ini. 



“Wakil-wakil Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Davao, dan Kedutaan Besar Indonesia di Manila, sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa setempat untuk memproses pengembalian dua warga negara Indonesia,” menurut jurucakap itu. 



Laporan akhbar The Straits Times menyatakan bahawa kededua nelayan itu, La Utu Raali dan La Hadi La Adi, ditangkap anggota militan Abu Sayyaf pada 5 November 2016, dan dipenjara di Laut Sulu, yang terletak di timur laut pulau Borneo dan barat daya Filipina.



Kementerian itu berkata bahawa kededua lelaki tersebut- yang diculik dari bot nelayan berbeza pada masa itu- dibebaskan oleh penculik mereka sekitar 7.30 malam waktu tempatan pada hari Jumaat, dan akan dibenarkan pulang ke Indonesia sebaik mendapatkan kelulusan keluar yang relevan dari imigresen Filipina. 



Abu Sayyaf, seperti kumpulan Maute yang mengetuai pengepungan di bandar Marawi di selatan Filipina tahun lalu, berpusat di pulau Mindanao yang bergolak, dan telah menculik puluhan pelancong dan nelayan untuk tebusan dari Laut Sulu dan batas utara Laut Celebes. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >