Indonesia: Peralihan demokrasi Myanmar perlu penuhi kehendak rakyatnya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia: Peralihan demokrasi Myanmar perlu penuhi kehendak rakyatnya

Feb 24, 2021 | 5:30 AM

Indonesia: Peralihan demokrasi Myanmar perlu penuhi kehendak rakyatnya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
1fd10516-6f46-4d1b-94b3-d1f152b8ac74
-

JAKARTA: Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, semalam berkata peralihan Myanmar ke demokrasi setelah rampasan kuasa awal bulan ini harus mengikuti keinginan rakyatnya.

Ucapannya itu dibuat selepas timbul kemarahan daripada penunjuk perasaan antikudeta di Myanmar terhadap satu laporan bahawa Indonesia sedang mengusahakan rancangan Asean untuk mengirim pemerhati untuk memastikan junta tentera Myanmar mengadakan satu pilihan raya yang adil, seperti telah dijanjikan junta itu.

Penunjuk perasaan mahu pemerintah sivil Myanmar yang telah sah dipilih dipulihkan segera.

Ada yang meminta di media sosial supaya mengadakan bantahan di kedutaan Indonesia di Myanmar.

"Peralihan inklusif demokratik harus dilakukan sesuai dengan keinginan rakyat Myanmar.

"Apa jua cara yang membawa kemajuan adalah jalan untuk mencapai tujuan ini," kata Cik Retno dalam satu pesanan yang dikirimkan ke Reuters oleh pejabatnya.

"Indonesia amat prihatin dengan situasi di Myanmar dan menyokong rakyat Myanmar.

"Kesejahteraan dan keselamatan rakyat Myanmar adalah keutamaan penting, " tambah Cik Retno.

Beliau meminta semua pihak supaya "mengamalkan batasan yang maksimum supaya menghindari pertumpahan darah".

Dalam satu taklimat semalam, jurucakap kementerian luar negara itu, Teuku Faizasyah, berkata Indonesia tidak mengubah pendiriannya terhadap Myanmar untuk menyokong pilihan raya baru setelah kudeta tentera merampas kuasa daripada pemerintah yang dipilih.

Beberapa pegawai kanan yang mengetahui mengenai cadangan Indonesia bagi Myanmar mengatakan bahawa langkah memegang janji kumpulan jeneral yang berkuasa untuk mengadakan pilihan raya adalah cara paling realistik bagi menempatkan Myanmar di landasan untuk mewujudkan sebuah pemerintah yang dipilih.

Indonesia adalah negara terbesar daripada 10 negara yang membentuk blok Asean, yang juga termasuk Myanmar. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg