Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia percepat cegah jerebu rentas sempadan 2025

Dec 24, 2024 | 10:19 AM
Anggota bomba daripada Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) dan Polis Indonesia dari Daerah Ogan Ilir giat memadamkan kebakaran hutan dan tanah di Kampung Palem Raya, Daerah Ogan Ilir, Sumatera Selatan, pada 1 September 2023.
Anggota bomba daripada Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) dan Polis Indonesia dari Daerah Ogan Ilir giat memadamkan kebakaran hutan dan tanah di Kampung Palem Raya, Daerah Ogan Ilir, Sumatera Selatan, pada 1 September 2023. - Foto REUTERS

JAKARTA: Pemerintah Indonesia mengambil langkah proaktif untuk mencegah dan mengurangkan risiko kebakaran hutan dan tanah menjelang 2025.

Demikian dinyatakan Menteri Alam Sekitar, Encik Hanif Faisol Nurrofiq.

Beliau menegaskan komitmen pemerintah untuk mempercepat penubuhan Pusat Penyelarasan Asean bagi Pengendalian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

“Kami telah mempersiapkan langkah awal dan memberi jaminan kepada masyarakat bahawa pemerintah akan bersiap sedia sepenuhnya menghadapi potensi kebakaran hutan dan tanah.

“Komitmen kami adalah untuk mengurangkan risiko ini sebaik mungkin,” kata Encik Hanif pada 23 Disember.

Encik Hanif turut memaklumkan kepada kementerian dan agensi berkaitan mengenai hasil Persidangan Pihak ke-19 Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) yang berlangsung di Bangkok, Thailand, pada 18 Disember.

Beliau menggariskan keperluan kerjasama erat antara Tentera Nasional Indonesia (TNI), pasukan polis (Polri), kementerian, agensi pusat, pemerintah daerah dan masyarakat dalam mencegah serta menangani kebakaran hutan.

“Kerjasama semua pihak adalah kunci utama untuk memastikan usaha pencegahan ini berhasil,” tegas beliau.

Encik Hanif turut menjelaskan pemerintah akan mengadakan mesyuarat pleno pada awal Januari 2025 untuk menyelaras persiapan menghadapi kebakaran hutan.

Mesyuarat itu bertujuan memastikan kesiapan pegawai di lapangan.

“Walaupun Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik meramalkan musim panas yang normal pada 2025, persiapan tetap menjadi keutamaan kami,” tambahnya.

Pada pertemuan serantau AATHP di Bangkok pada 18 Disember, Encik Hanif menegaskan kembali komitmen Indonesia untuk menangani jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara.

Di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto, Kementerian Alam Sekitar kini ditugaskan sebagai penyelaras nasional untuk AATHP.

Beliau turut memaklumkan bahawa operasi pusat penyelaras Asean masih tertunda kerana perjanjian penubuhan pusat tersebut belum ditandatangani oleh Thailand, Vietnam, dan Filipina.

“Kami telah meminta Kementerian Luar Negeri untuk mempercepat proses ini melalui Sekretariat Asean di Jakarta,” jelasnya seperti yang dilaporkan agensi berita Antara.

Beliau berharap pusat tersebut dapat membantu negara Asean merancang langkah berkesan untuk menangani pencemaran jerebu, termasuk mendapatkan dana antarabangsa.

Pertemuan ke-20 AATHP dijadualkan berlangsung di Langkawi, Malaysia, pada 2025.

“Langkah ini membuktikan komitmen Indonesia untuk menjadi pemimpin dalam mencegah bencana lingkungan yang merentas sempadan,” ujar Encik Hanif. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg