Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia pertahan undang-undang larang seks luar nikah

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: PEMERINTAH Indonesia mempertahan undang-undang jenayah baru yang mengharamkan seks di luar nikah sebagai satu "jalan tengah" untuk menyatukan masyarakat Indonesia yang pelbagai".



Ini sedang undang-undang itu menerima kritikan - dianggap satu kemunduran terhadap demokrasi dan hak asasi manusia.



Media antarabangsa memperbesarkan larangan seks di luar perkahwinan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun, dan bersekedudukan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan itu.



Beberapa laporan malah memberi amaran tentang bagaimana undang-undang baru itu mungkin menghalang pelancong dan pelabur asing.



Dalam kenyataannya kelmarin, jurucakap bagi Menteri Ehwal Maritim dan Penyelaras Pelaburan, Encik Jodi Mahardi, berkata hasil rundingan dengan Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, pihaknya berusaha untuk menjelaskan salah faham tentang beberapa peruntukan undang-undang itu.



Ini seperti mengharamkan hubungan seks sebelum perkahwinan yang menimbulkan banyak bantahan daripada orang ramai termasuk masyarakat antarabangsa.



Menurut Encik Jodi, undang-undang hanya terpakai jika terdapat aduan yang dibuat oleh keluarga terdekat, seperti ibu bapa, pasangan atau anak-anak, "dengan tiada pihak lain diberi hak untuk berbuat demikian."



"Undang-undang baru itu sebenarnya bertujuan untuk melindungi institusi perkahwinan berdasarkan nilai-nilai Indonesia,'' katanya.



Kanun jenayah Indonesia, yang dikenali sebagai KUHP, telah diluluskan secara rasmi oleh Dewan Perwakilan Rakyat dalam mesyuarat pleno pada 6 Disember lalu dan akan menggantikan kanun keseksaan yang diwarisi daripada pemerintah kolonial Belanda yang berkuat kuasa sejak 1918.



Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam kenyatannya kelmarin berkata sebahagian daripada kanun jenayah Indonesia yang disemak semula kelihatan "tidak serasi" dengan kebebasan asas dan hak asasi manusia.



Rombakan menyeluruh termasuk larangan seks di luar perkahwinan dan bersekedudukan bagi pasangan yang belum berkahwin, didakwa kumpulan aktivis sebagai ancaman besar kepada hak komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) di Indonesia.



Terdapat kemas kini mengenai kesalahan berkaitan menyebut perkara yang kini sudah menjadi jenayah Indonesia yang penduduknya majoriti Islam, manakala wartawan boleh berdepan hukuman kerana menyiarkan berita "yang boleh mencetuskan kekacauan".



Risiko lain termasuk 'melanggar hak kebebasan beragama atau kepercayaan, dan boleh menghalalkan sikap sosial negatif terhadap ahli agama atau kepercayaan minoriti dan membawa kepada tindakan keganasan terhadap mereka.



Kenyataan PBB itu juga mengenal pasti peruntukan yang boleh membawa kepada keganasan terhadap penganut agama minoriti di negara itu.



Ia susulan kebimbangan disuarakan Amerika Syarikat mengenai kesan kanun jenayah baru terhadap hak asasi manusia dan kebebasan di Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >