Indonesia pertimbang beri pinjaman untuk syarikat beri bonus sempena Lebaran
Indonesia pertimbang beri pinjaman untuk syarikat beri bonus sempena Lebaran
JAKARTA: Kementerian Perusahaan Indonesia sedang menimbangkan untuk memberi pinjaman kepada syarikat bagi membolehkan mereka membayar bonus kepada pekerja sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Kementerian itu berkata, keadaan ekonomi yang merudum akibat pandemik Covid-19 menyebabkan kebanyakan syarikat terpaksa membatalkan atau menangguhkan pembayaran bonus tahunan itu, yang juga disebut sebagai Tunjangan Hari Raya (THR).
Kementerian itu sedang berbincang dengan bank pusat dan Penguasa Perkhidmatan Kewangan mengenai perkara tersebut, kata Menteri Agus Gumiwang Kartasasmita kepada media semasa taklima untuk media dalam talian semalam.
"Kami sedang mempersiapkan skim pinjaman mudah untuk perusahaan-perusahaan yang terjejas teruk agar mereka boleh membayar sepenuhnya THR untuk pekerja mereka," katanya.

