Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia selamatkan 20 mangsa dagang manusia di Myanmar

May 9, 2023 | 5:30 AM
BERJAYA DISELAMATKAN: Mangsa penipuan pekerjaan warga Indonesia menaiki van di Thailand selepas diselamatkan oleh pihak berkuasa. - Foto KEMENTERIAN LUAR INDONESIA
BERJAYA DISELAMATKAN: Mangsa penipuan pekerjaan warga Indonesia menaiki van di Thailand selepas diselamatkan oleh pihak berkuasa. - Foto KEMENTERIAN LUAR INDONESIA -

INDONESIA

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menyelamatkan 20 warganya yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dari daerah Myawaddy di Myanmar, tempat pertempuran antara tentera dengan kumpulan penentang bersenjata semakin sengit.

Kedutaan Indonesia di Yangon, melalui kerjasamanya dengan rangkaian tempatan yang mempunyai akses ke kawasan itu, berjaya membawa mangsa penipuan pekerjaan keluar dari wilayah itu ke sempadan Thailand, kata Kementerian Luar Indonesia pada Sabtu.

Empat warga Indonesia pertama dipindahkan pada Jumaat dan baki 16 pada Sabtu, lapor The Straits Times.

"Kedutaan Indonesia di Bangkok akan menyelaraskan bersama pihak berkuasa Thailand mengenai permit penghantaran pulang mereka ke Indonesia," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Terdapat laporan media mengenai mangsa penipuan pekerjaan dari Malaysia, Taiwan dan juga China ditahan dalam keadaan seperti penjara di Myawaddy di sempadan Thailand-Myanmar.

Berita mengenai mangsa pemerdagangan manusia, yang mula-mula tertarik untuk bekerja di Thailand tetapi akhirnya berada di Myanmar, menjadi viral selepas salah seorang ahli keluarga mereka menyiarkan video di Instagram tentang keadaan mereka di Myawaddy dan merayu bagi bantuan.

"Tolong bawa kami pulang, Pak Jokowi," kata mereka dalam video itu, merujuk kepada Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo.

Presiden Widodo berkata pada Khamis pemerintahnya sedang berusaha memindahkan mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar.

Mereka ditipu dan dijanjikan pekerjaan, seperti pegawai khidmat pelanggan, dengan gaji antara 12 juta rupiah ($1,084) dan 25 juta rupiah sebulan.

Tetapi mereka dipaksa bekerja sebagai penipu dalam talian, dengan waktu kerja panjang hingga 19 jam sehari. Mereka didenda, berdepan hukuman fizikal, termasuk dipukul dan disebat, atau dijual kepada syarikat lain apabila gagal mencapai sasaran pekerjaan yang ditetapkan pihak sindiket.

Kedutaan Indonesia telah menghantar nota diplomatik kepada pemerintah Myanmar dan meminta bantuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg