Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia sertai semula OPEC

Dec 7, 2015 | 5:17 PM
-

JAKARTA: Indonesia hari ini mengumumkan penyertaan semula negara itu sebagai anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Media-media portal berita tempatan hari ini memetik Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Republik Indonesia, Encik Sudirman Said, sebagai berkata, negara itu secara rasmi telah kembali aktif sebagai anggota OPEC setelah tidak aktif sejak tahun 2008.

Menurutnya, Indonesia yakin penyertaan semula dalam OPEC akan membawa beberapa faedah kepada negara selain dapat menjalinkan hubungan erat dengan negara-negara pengeksport minyak di seluruh dunia.

Encik Sudirman berkata, menerusi hubungan yang rapat dengan negara pengeskport minyak membolehkan negara itu bertukar pandangan dan berurusan secara langsung dengan negara-negara pengeluar minyak.

Beliau berkata, kerajaan Indonesia sedang mengenal pasti individu yang akan dilantik sebagai perwakilan negara dalam organisasi berkenaan.

Indonesia menjadi anggota OPEC sejak tahun 1961 dan ia adalah satu-satunya negara anggota OPEC dari Asia Tenggara.

Bagaimanapun pada tahun 2008, Indonesia menjadi anggota tidak aktif kerana mengalami defisit pengeluaran minyak.

Menurut laporan sebuah laman web Indonesia In Focus, pengeluaran minyak mentah Indonesia sekarang ialah sebanyak 800,000 tong sehari manakala penggunaan minyak negara itu adalah kira-kira 1.5 juta tong sehari. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg