Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia siap hadapi lebih banyak letusan di gunung berapi terpencil

Apr 19, 2024 | 03:42 PM



TAGULANDANG (Sulawesi Utara): Pihak berkuasa Indonesia berjaga-jaga pada Jumaat 19 April, untuk menghadapi lebih banyak letusan dari gunung berapi pulau terpencil, yang memaksa ribuan orang berpindah minggu ini, ketika penduduk berhampiran mula membersihkan serpihan selepas batu cair atau yang boleh dirujuk sebagai belerang, menghujani kampung mereka.


Gunung Ruang meletus hampir enam kali dalam 24 jam, bermula lewat Selasa 16 April, mengeluarkan belerang merah menyala yang mengerikan, dengan asap berkepul menjulang ke langit.

Walaupun pegawai berkata, Gunung Ruang telah mula tenang pada Jumaat, pihak berkuasa mengekalkan tahap amaran tertinggi bagi sistem empat peringkat, yang menunjukkan aktiviti gunung berapi masih tinggi.

Ratusan penduduk tempatan di pulau Tagulandang dilihat membersihkan limpahan dari gunung berapi, dari pelabuhan dan halaman mereka pada pagi Jumaat dengan bantuan tentera dan pegawai polis, menurut seorang wartawan AFP.

Ada yang menceritakan tentang ketakutan mereka, lalu bergegas menyelamatkan diri apabila letusan bermula.

“Saya berpindah. Ada sebuah rumah. Saya tinggal di sana. Dan kemudian hujan turun dan batu jatuh. Saya berdoa ‘Tuhan kasihanilah, tolonglah saya Tuhan’,” Encik Ninice Hoata, seorang guru berusia 59 tahun, memberitahu AFP di Tagulandang.

Asap putih “berintensiti sederhana hingga tinggi” dilihat berkepul sehingga 100 meter di atas kawah, Encik Abdul Muhari, jurucakap agensi mitigasi bencana negara (BNPB) berkata dalam satu kenyataan, lapor Malay Mail.

Penduduk lain merayu meminta bantuan lanjut.

“Kami amat memerlukan bantuan terpal secepat mungkin, untuk menutup sementara bumbung yang bocor,” kata Encik Herman Sahoa, seorang penduduk Tagulandang berusia 64 tahun.

“Kami bimbang akan ada letusan susulan, kerana terdapat maklumat mengenainya.” - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >