Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia tawar vaksin Covid-19 percuma buat semua, Jokowi yang pertama disuntik

Dec 16, 2020 | 7:57 PM
VAKSIN PERCUMA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo mengumumkan bahawa vaksinasi akan diberi percuma kepada semua penduduk Indonesia dengan beliau adalah penerima pertama suntikan vaksin Covid-19 sebagai memberi keyakinan ia selamat. - Foto REUTERS
VAKSIN PERCUMA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo mengumumkan bahawa vaksinasi akan diberi percuma kepada semua penduduk Indonesia dengan beliau adalah penerima pertama suntikan vaksin Covid-19 sebagai memberi keyakinan ia selamat. - Foto REUTERS -

JAKARTA: Presiden Joko Widodo mengumumkan pada Rabu (16 Disember) beliau adalah penerima pertama suntikan vaksin Covid-19 di Indonesia dan vaksinasi itu akan diberi percuma kepada semua warga Indonesia.

"Saya ingin menekankan sekali lagi bahawa saya adalah yang pertama yang akan menerima suntikan vaksin ini. Ini adalah bagi membangun keyakinan dan kejelasan dalam kalangan orang awam bahawa vaksin ini selamat," katanya dalam satu ucapan yang disampaikan menerusi penstriman langsung di YouTube dari kediamannya.

Encik Joko, 59 tahun, berkata selepas menerima banyak saranan dan menghitung semula kewangan negara, beliau mengambil keputusan untuk memberi vaksin itu secara percuma buat penduduk Indonesia.

"Saya telah mengarahkan Menteri Kewangan agar memberi keutamaan (kepada program vaksinasi ini) dan memperuntukkan semula (bajet negara) bagi menyediakan vaksin percuma agar tiada alasan untuk penduduk tidak memperolehinya," katanya.

Satu tinjauan dalam talian yang dikendalikan Kementerian Kesihatan Indonesia mendapati sekitar 64.8 peratus peserta tinjauan berminat menerima vaksinasi sejurus vaksin boleh diberikan kepada orang awam manakala 27.6 peratus pula masih ragu dengan rancangan vaksinasi pemerintah. Sekitar 7.6 peratus yang ditinjau pula menolak vaksin itu.

Hanya 35 peratus peserta tinjauan yang mahukan suntikan ini bersetuju untuk membayar kos suntikan manakala 38 peratus pula tidak mahu membayar kos yang ditetapkan. Baki yang lain tidak dapat membuat keputusan. - THE STRAITS TIMES

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg