Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia tukar tempat pindah penduduk Rempang

Sep 27, 2023 | 02:33 PM



JAKARTA: Menteri Pelaburan Indonesia, Encik Bahlil Lahadalia menyatakan pemerintah Indonesia telah membuat keputusan membatalkan rancangan memindahkan penduduk Pulau Rempang, Batam, ke Pulau Galang.


Menurutnya, keputusan itu dibuat selaras dengan aspirasi rakyat.

“Jadi, kita alihkan ke Tanjung Banon yang masih di Pulau Rempang. Ia hanya tiga kilometer jauhnya (dari Rempang),” kata Encik Bahlil dalam sidang media di Kementerian Pelaburan pada Isnin.

Beliau mengakui kebanyakan penduduk Rempang bergantung kepada laut untuk mencari rezeki dan lokasi perpindahan masih berhampiran.

Beliau juga berjanji pemerintah tidak akan menempatkan semula kubur masyarakat, sebaliknya mengubah suainya.

Di Tanjung Banon, pemerintah akan memberikan pampasan berupa tanah seluas 500 meter persegi dan rumah jenis 45 bernilai Rp120 juta ($10,588) berserta sijil pemilikan. “Bukan HGB (hak guna bangunan), tetapi hak milik. Ini adalah dasar langsung daripada Presiden,” katanya lagi.

Sementara menunggu tapak pemindahan siap, Encik Bahlil berkata pemerintah akan memberikan Rp1.2 juta seorang dan sewa rumah Rp1.2 juta sebulan.

Pampasan itu akan diberikan sehingga pembinaan rumah di tapak pemindahan siap.

Encik Bahlil turut memberi jaminan bahawa pemerintah akan mengira kos pampasan bagi mereka yang memiliki kolam ikan, tumbuhan atau bot.

Pemerintah juga akan melibatkan masyarakat Rempang dalam pelaburan itu.

Tarikh akhir penempatan semula yang asalnya ditetapkan pada 28 September 2023, juga telah ditangguhkan.

Bagaimanapun, Encik Bahlil belum dapat mengesahkan tarikh baru itu.

Pemerintah bertekad untuk membangunkan Rempang Eco City, sebuah wilayah perindustrian, perdagangan dan pelancongan bersepadu.

Kementerian Penyelarasan Hal Ehwal Ekonomi melancarkan projek itu pada 12 April lalu.

Rancangan pemerintah itu menarik bantahan para penduduk yang enggan dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek tersebut.

Bantahan besar-besaran melibatkan sekitar 1,000 penduduk pada 7 dan 11 September 2023.

Protes itu berakhir dengan kekecohan, dengan polis melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.

Gas pemedih mata menjejas bukan sahaja penunjuk perasaan bahkan kanak-kanak yang belajar di sekolah berhampiran.

Ekoran kejadian itu, polis telah menamakan 43 suspek berhubung rusuhan yang berlaku itu dan sedang merancang untuk menambah 400 anggotanya bagi membantu kerja-kerja mengukur tanah dan penyebaran maklumat kepada penduduk pulau itu.

Bagi menenangkan keadaan, Encik Bahlil menyatakan pelaburan di Pulau Rempang akan memberi manfaat kepada penduduk dan pemerintah akan juga cuba menyelesaikan konflik dengan penyelesaian yang sewajarnya.

“Saya pastikan pelaburan ini bertujuan untuk kemakmuran masyarakat, membuka peluang pekerjaan dan menambah pendapatan,” kata Encik Bahlil kepada media Indonesia selepas mengetuai mesyuarat penyelarasan di Batam baru-baru ini

Beliau juga menegaskan bahawa resolusi di Pulau Rempang hendaklah dijalankan melalui pendekatan lembut dan untuk itu, pemerintah sudah bersedia mengadakan dialog dengan penduduk Rempang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >