JAKARTA: Indonesia semalam mengarahkan semua penerbangan yang melalui gunung berapi Anak Krakatau di antara pulau Jawa dengan Sumatera dilencongkan selepas ia aktif memuntahkan debu ke udara beberapa hari selepas mencetus tsunami yang mengorbankan ratusan nyawa.

Saintis berpendapat runtuhan lereng di bahagian selatan gunung berapi itu ke dalam laut membentuk gelombang hingga lima meter tinggi sebelum membadai dan menghancurkan pantai di Selat Sunda, yang sudah meragut lebih 400 nyawa Sabtu lalu.