Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia umum Raya Sabtu tapi sebilangan termasuk pengikut Muhammadiyah beraya Jumaat

Apr 22, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Sebahagian rakyat Indonesia telah melakukan solat Hari Raya Aidilfitri dan meraikan hari kebesaran Islam itu pada Jumaat.



Ini termasuk pengikut Muhammadiyah yang mengisytiharkan 1 Syawal pada Jumaat.



Muhammadiyah merupakan kumpulan Islam kedua terbesar di negara itu dengan 60 juta ahli.



Namun, sebahagian besar warga Indonesia bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu.



Ini termasuk kumpulan Muslim terbesar di Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU), dengan 95 juta ahli.



Pemerintah Indonesia pula telah mengumumkan bahawa 1 Syawal jatuh pada Sabtu.



Ekoran perbezaan itu, sebilangan rakyat Indonesia seperti di Bantul, Surabaya dan Bali, khususnya ahli Muhammadiyah, telah menunaikan solat Aidilfitri pada Jumaat.



Di Surabaya misalnya, solat Aidilfitri pada Jumaat berlangsung di 101 tempat, sesuai dengan arahan Pengurus Wilayah (PW) Muhammadiyah Jawa Timur.



Setelah selesai bersolat, mereka merayakan Aidilfitri.



Warga Indonesia lain pula masih meneruskan ibadah puasa mereka pada Jumaat, termasuk ahli NU.



Menurut Pengurus Wilayah NU, pihaknya memantau 35 lokasi pada Khamis namun tidak berhasil melihat anak bulan.



Oleh itu, 1 Syawal jatuh pada Sabtu.



Sebelum ini, sebilangan pertubuhan Islam, penggubal undang-undang dan menteri Kabinet telah menggesa pentadbiran wilayah agar menampung permintaan untuk mengadakan solat Aidilfitri di tempat awam pada tarikh berbeza daripada yang ditetapkan pemerintah.



Gesaan itu dibuat di tengah-tengah laporan beberapa pentadbiran tempatan enggan berbuat demikian.



Laporan muncul awal April bahawa pentadbiran Pekalongan di Jawa Tengah telah menafikan permintaan sebuah masjid tempatan untuk mengadakan solat Aidilfitri di Padang Mataram di bandar itu pada Jumaat.



Datuk Bandar Pekalongan, Encik Afzan Arslan Djunaid, berkata pejabatnya tidak dapat meluluskan permintaan itu kerana ia terpaksa "mewakili pemerintah pusat".



Di Sukabumi, sebuah bandar di Jawa Barat, datuk bandarnya turut memberi alasan sama kerana keengganannya mengeluarkan permit menggunakan Dataran Merdeka, sambil menambah bahawa padang itu akan digunakan oleh pihak berkuasa tempatan untuk mengadakan solat Aidilfitrinya sendiri. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >