Indonesia terima geran WHO AS$14.8 juta perkukuh program kesihatan nasional

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Indonesia terima geran WHO AS$14.8 juta perkukuh program kesihatan nasional

Feb 19, 2026 | 4:41 PM

Indonesia terima geran WHO AS$14.8 juta perkukuh program kesihatan nasional

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Sukarelawan kesihatan membantu penduduk dengan memberikan pemeriksaan kesihatan percuma di kawasan terjejas banjir di Kampung Babo, Aceh Tamiang, Aceh, Indonesia pada 6 Februari 2026. Pemerintah Indonesia menyatakan proses pemulihan pascabencana masih perlahan berikutan beberapa halangan seperti kerosakan infrastruktur jambatan dan kesukaran menentukan lokasi penempatan semula mangsa banjir.
Sukarelawan kesihatan membantu penduduk dengan memberikan pemeriksaan kesihatan percuma di kawasan terjejas banjir di Kampung Babo, Aceh Tamiang, Aceh, Indonesia pada 6 Februari 2026. Pemerintah Indonesia menyatakan proses pemulihan pascabencana masih perlahan berikutan beberapa halangan seperti kerosakan infrastruktur jambatan dan kesukaran menentukan lokasi penempatan semula mangsa banjir. - Foto EPA

JAKARTA: Indonesia memperoleh geran bernilai AS$14.8 juta (S$18.75  juta) daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selepas menandatangani Perjanjian Geran dan Pelan Kerja Bersama bagi tempoh dua tahun 2026 hingga 2027 untuk memperkukuh program kesihatan negara.

Biro Komunikasi dan Informasi Awam Kementerian Kesihatan Indonesia memaklumkan WHO akan menyalurkan bantuan dalam bentuk tunai, barangan serta perkhidmatan bagi menyokong pelaksanaan program sepanjang tempoh berkenaan.

“Kerjasama ini menyokong program yang selaras dengan Program Kerja Am ke-14 WHO, Pelan Strategik Kementerian Kesihatan, Rancangan Pembangunan Jangka Sederhana Nasional (RPJMN) 2025–2029 serta enam tonggak transformasi kesihatan,” menurut kenyataan kementerian pada 18 Februari.

Setiausaha Jeneral Kementerian Kesihatan, Encik Kunta Wibawa Dasa Nugraha, menyifatkan kerjasama tersebut sebagai langkah penting dalam kesinambungan pembangunan sektor kesihatan negara.
“Penandatanganan Perjanjian Geran dan Pelan Kerja Bersama 2026–2027 merupakan langkah strategik bagi memastikan sokongan WHO terhadap keutamaan pembangunan kesihatan nasional terus berterusan,” katanya.

Beliau berkata bantuan WHO sebelum ini telah membantu mengukuhkan usaha promosi dan pencegahan penyakit, meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan, memperkukuh ketahanan sistem kesihatan serta memperkasa penggubalan dasar berasaskan bukti.

“Kerjasama ini menjadi asas penting dalam membina sistem kesihatan yang berdaya tahan, inklusif dan mampan,” katanya lagi.

Encik Kunta turut berharap WHO akan terus memberi sokongan teknikal dan dasar, khususnya dalam memperkukuh keupayaan perancangan, pemantauan dan penilaian selaras dengan petunjuk prestasi utama kementerian.

Perjanjian itu dilihat sebagai sebahagian usaha Indonesia meningkatkan kesiapsiagaan sistem kesihatan dan memastikan program kesihatan awam dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dalam tempoh dua tahun akan datang. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg