Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Industri tembakau turut sumbang pencemaran dunia: WHO

Jun 01, 2022 | 05:30 AM



GENEVA: Industri tembakau membentuk ancaman jauh lebih besar daripada yang disedari ramai kerana ia adalah salah satu pencemar terbesar di dunia - daripada meninggalkan sisa yang besar, kepada mendorong pemanasan global, ujar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam.



WHO menuduh industri itu menyebabkan penebangan hutan secara meluas, mengalihkan tanah dan air yang sangat diperlukan di negara miskin daripada pengeluaran makanan, memuntahkan sisa plastik dan kimia, selain mengeluarkan jutaan tan karbon dioksida.



Dalam laporannya yang dikeluarkan sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu meminta industri tembakau dipertanggungjawabkan dan membayar bil bagi pembersihan itu.



Laporan itu, bertajuk Tembakau: Meracuni Planet Kita, melihat kesan keseluruhan kitaran, daripada pertumbuhan tembakau kepada pembuatan produk tembakau serta penggunaan dan sisanya.



Walaupun kesan kesihatan tembakau telah didokumenkan dengan baik selama beberapa dekad - dengan merokok masih menyebabkan lebih lapan juta kematian di seluruh dunia setiap tahun - laporan itu memberi tumpuan kepada akibat alam sekitar yang lebih luas.



Dapatan laporan itu amat membimbangkan, kata Dr Ruediger Krech, pengarah penggalak kesihatan WHO, kepada AFP, sambil menyelar industri itu sebagai "salah satu pencemar terbesar yang kami ketahui".



Industri tembakau bertanggungjawab bagi kehilangan kira-kira 600 juta pokok setiap tahun, manakala penanaman dan pengeluaran tembakau menggunakan 200,000 hektar tanah dan 22 bilion tan air setiap tahun, menurut laporan itu.



Ia juga mengeluarkan kira-kira 84 juta tan karbon dioksida, katanya.



Di samping itu, "produk tembakau adalah barangan paling bersepah di serata planet ini, mengandungi lebih 7,000 bahan kimia toksik, yang menjejas persekitaran kita apabila dibuang", kata Dr Krech.



Beliau menegaskan bahawa setiap satu daripada anggaran 4.5 trilion puntung rokok yang berakhir di lautan, sungai, kaki lima dan pantai setiap tahun boleh mencemarkan 100 liter air.



Sehingga satu perempat daripada semua petani tembakau mengalami apa yang dipanggil 'penyakit tembakau hijau', atau keracunan daripada nikotin yang mereka serap melalui kulit.



Petani yang mengendalikan daun tembakau sepanjang hari mengambil nilai nikotin setara dengan 50 batang rokok sehari, kata Dr Krech.



WHO menegaskan lebih banyak negara harus mengikut apa yang dipanggilnya Prinsip Pembayaran Pencemaran, seperti di Perancis dan Sepanyol.



Adalah penting, kata beliau, industri tembakau seharusnya membayar untuk sampah dan sisa yang berakibat daripadanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >