Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ingin ketengah kaitan rapat hubungan S'pura, Hadramaut

Mereka memainkan peranan penting mengetengahkan pemahaman yang lebih mendalam tentang isu dan perkembangan di Malaysia dan Timur Tengah. Dengan pemahaman mendalam tentang konteks, bahasa dan budaya tempatan, mereka juga dapat menawarkan perspektif dan pandangan yang unik lagi berharga tentang peristiwa dan cabaran di seluruh dunia menerusi liputan dan analisis mereka berhubung perkembangan politik, ekonomi, sosial dan budaya. Berita Minggu memaparkan koresponden/penulis sambilan BERITA HARIAN yang telah dan akan menyumbang kepada halaman luar negara akhbar ini daripada lensa Malaysia dan Timur Tengah.
Mar 12, 2023 | 5:30 AM
DR AMEEN ALI SALIM TALIB: Ahli akademik di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) yang dibesarkan di Yaman dan Mesir. - Foto ihsan AMEEN ALI SALIM TALIB
DR AMEEN ALI SALIM TALIB: Ahli akademik di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) yang dibesarkan di Yaman dan Mesir. - Foto ihsan AMEEN ALI SALIM TALIB -

ISU tentang Timur Tengah dan Dunia Arab amat dekat di hati Dr Ameen Ali Salim Talib.

Membesar di Yaman dan Mesir, ahli akademik di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) itu mempunyai banyak ikatan kekeluargaan di Yaman.

Oleh itu, perkembangan di negara itu dan di kawasan sekitarnya mempunyai kesan langsung pada keluarganya, ujar beliau.

Dengan hubungannya yang meluas dengan Timur Tengah - baik dari segi peribadi mahupun urusan perniagaan - Dr Ameen, 60 tahun, berharap dapat berkongsi perspektifnya tentang perkembangan dan cabaran yang dihadapi Timur Tengah dengan pembaca Berita Harian.

Beliau antara lain mengikuti pengajian di Mesir, bekerja di Dubai, menguruskan perniagaan di Mesir serta menjalankan latihan dan khidmat pakar runding di beberapa negara Timur Tengah.

Mantan anggota lembaga pengarah Institut Timur Tengah (MEI) di Universiti Nasional Singapura (NUS) itu juga sebelum ini pernah menyunting bersama dan menerbitkan majalah bagi masyarakat Arab di Singapura yang bernama Alshourouq pada awal 1990-an selain menulis bersama kertas visi bagi masyarakat Arab Singapura pada 1995.

Menerusi penulisannya, Dr Ameen berharap dapat mengetengahkan hubungan antara Singapura dengan Timur Tengah, khususnya Hadramaut, dengan meluas.

"Satu isu yang dekat dengan hati saya adalah hubungan antara Singapura dengan Hadramaut kerana sebahagian besar masyarakat Arab di Singapura berasal dari sana. Ramai orang di Hadramaut juga menggunakan istilah Melayu serta makan hidangan Indonesia seperti gado gado dan belacan. Hubungan ini akan saya jelaskan dalam penulisan saya." - Dr Ameen Ali Salim Talib.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg