Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

LAWATAN SPEAKER DEWAN AS KE TAIWAN

AS ingin Taiwan dapat kekal kebebasan keselamatan

Lawatan rombongan AS disifatkan sebagai pertemuan dua sahabat demi memastikan kedamaian di Selat Taiwan
Aug 04, 2022 | 05:30 AM



TAIPEI: Amerika Syarikat ingin melihat Taiwan sentiasa mendapat kebebasan dari segi keselamatan dan tidak akan berganjak daripada pendirian itu, kata Speaker Dewan Kongres Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi, semasa lawatannya ke Taipei semalam yang dibantah keras oleh China.



Sambil menghormati dasar "Satu China", perpaduan Amerika dengan Taiwan adalah lebih penting daripada sebelumnya, kata Cik Pelosi, dalam sidang akhbar bersama dengan pemimpin Taiwan, Presiden Tsai Ing-Wen.



Amerika menyokong kedudukan Taiwan seperti adanya dan tidak ingin melihat sesuatu terjadi ke atas negara itu secara kekerasan, ujar Cik Pelosi.



Ditanya tentang padah dari segi ekonomi ke atas Taiwan gara-gara lawatannya itu, Cik Pelosi berkata Rang Chips dan Sains yang baru diluluskan membuka ruang pertukaran ekonomi yang lebih baik antara Amerika dengan Taiwan.



Cik Tsai berkata Taiwan komited untuk mengekalkan status yang sedia ada di Selat Taiwan, dan menambah bahawa latihan-latihan ketenteraan China yang dilancarkan sempena lawatan Cik Pelosi itu adalah sesuatu yang tidak perlu dilakukan.



Awal dari itu, Cik Tsai mengucapkan terima kasih kepada Cik Pelosi atas langkah konkrit yang diambilnya untuk membantu Taiwan dalam masa yang kritikal ini.



Beliau juga berkata Taiwan tidak akan mengalah dengan ancaman ketenteraan yang semakin memuncak ini.



Pertemuan kededua pemimpin itu semalam adalah dalam rangka lawatan Cik Pelosi ke Taiwan yang dicemari dengan bantahan keras China hingga mendorong Beijing melancarkan latihan ketenteraan dan memanggil duta besar Amerika di Beijing.



Cik Tsai juga memberitahu Cik Pelosi semalam yang beliau adalah salah seorang rakan baik dan berterima kasih atas sokongan yang tidak berbelah-bahagi di arena antarabangsa.



Cik Tsai menambah kata, Taiwan adalah rakan Amerika yang boleh dipercayai dan akan terus bekerjasama bagi memperkukuh keselamatan, perkembangan ekonomi dan jaringan bekalan.



Cik Pelosi pula kemudian berkata, lawatannya itu adalah suatu bukti jelas yang Amerika tidak akan mengabaikan Taiwan.



Malah sekarang lebih dari itu, perpaduan Amerika dengan Taiwan lebih penting, katanya kepada Cik Tsai sambil menambah bahawa Amerika sesungguhnya mahu memelihara demokrasi di Taiwan dan juga lain-lain bahagian dunia.



Cik Pelosi berkata, lawatan rombongannya ke Taiwan itu adalah dengan tujuan "damai bagi rantau ini."



"Kami datang sebagai sahabat Taiwan, kami datang secara damai," katanya dalam pertemuan dengan Encik Tsai Chi-chang, timbalan speaker Parlimen Taiwan.



Cik Pelosi turut mengucapkan terima kasih kepada Cik Tsai atas kepimpinannya dan menyeru supaya ditingkatkan kerjasama antara parlimen kedua-dua negara.



"Kami sanjung Taiwan sebagai salah sebuah masyarakat paling bebas di dunia," kata Cik Pelosi kepada parlimen Taiwan semalam.



Amerika Syarikat, katanya lagi, ingin Taiwan sentiasa mempunyai kebebasan keselamatan dan mengekalkannya. - Agensi berita.




"Kami datang sebagai sahabat Taiwan, kami datang secara damai."
- Speaker Dewan Kongres Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >