Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ingkar perintah sekatan: Ketua penasihat PM Britain dikritik hebat

May 26, 2020 | 1:30 PM
DIASAK MEDIA: Penasihat Khas perdana menteri Britain, Encik Dominic Cummings, dikritik hebat susulan tindakannya memandu sejauh 420km dari London ke rumah orang tuanya di Durham meskipun menyedari kemungkinan beliau dan isteri dijangkiti koronavirus semasa Britain melaksanakan perintah sekatan bagi membendung penularan koronavirus. Kelihatan beliau tiba di rumahnya di London semalam.
DIASAK MEDIA: Penasihat Khas perdana menteri Britain, Encik Dominic Cummings, dikritik hebat susulan tindakannya memandu sejauh 420km dari London ke rumah orang tuanya di Durham meskipun menyedari kemungkinan beliau dan isteri dijangkiti koronavirus semasa Britain melaksanakan perintah sekatan bagi membendung penularan koronavirus. Kelihatan beliau tiba di rumahnya di London semalam. - - Foto: REUTERS

LONDON: Ketua penasihat perdana menteri Britain, Encik Dominic Cummings, kekal dengan keputusan untuk tidak melepaskan jawatannya dan berkata, beliau tidak menyesal memandu sejauh 420km dari London ke rumah orang tuanya di Durham semasa tempoh perintah berkurung dikuatkuasakan bagi membendung penularan koronavirus.

Beliau malah mendedahkan tidak memberitahu perdana menteri, Encik Boris Johnson, ketika memutuskan untuk membawa keluarganya ke County Durham setelah isterinya mengalami gejala Covid-19.

Encik Cummings percaya beliau bertindak "wajar" dan sesuai dengan undang-undang.

Menurutnya, beliau memandu ke Durham kerana memerlukan bantuan anak saudaranya yang berusia belasan tahun bagi menjaga anaknya.

Encik Cummings berkata, beliau dan isteri serta anaknya berada di bangunan berlainan dan berhubungan dengan ibu bapanya dengan 'melaung' dari jauh.

Dalam pada itu, Encik Johnson berkata, beliau memahami "kebingungan, kemarahan dan kesakitan" yang dirasakan dan rakyat "perlu mendengar" dari pembantunya.

Beliau menambah, Encik Cummings telah bertindak "wajar" dan dengan "wibawa dan peduli terhadap orang lain", tetapi parti Buruh dan Demokrat Liberal menuduh kedua-dua mereka bersikap berat sebelah.

Sementara itu, kerajaan Britain menyatakan jumlah kematian bagi mereka yang telah diuji positif koronavirus, dalam semua keadaan, meningkat sebanyak 121 menjadi 36,914 orang.

Encik Cummings sejak beberapa hari lalu menghadapi serangan di media, dengan ramai orang, termasuk beberapa anggota parlimen Konservatif, menyeru dia melepaskan jawatan.

Bercakap dalam sidang media di kebun mawar Downing Street - yang diminta oleh perdana menteri - beliau mengatakan ingin "membersihkan kekeliruan dan salah faham".

Beliau menambah, meskipun telah beberapa hari dikritik hebat di media, beliau tidak mempertimbang untuk undurkan diri, dengan mengatakan: "Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan."

Ramai orang, termasuk beberapa anggota parlimen Konservatif, meminta agar Encik Cummings dipecat kerana memandu keretanya hanya empat hari setelah perintah sekatan, sementara parti Buruh mengatakan beliau "jelas melanggar peraturan". - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg