Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ingkar perintah kawalan, timbalan menteri kesihatan M'sia didenda

Apr 28, 2020 | 1:53 PM
HADAPI HUKUMAN: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Azmi, dan ahli Exco kerajaan negeri Perak, Encik Razman Zakaria, masing-masing didenda RM1,000 ($325) oleh Mahkamah Majistret Gerik, hari ini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
HADAPI HUKUMAN: Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Azmi, dan ahli Exco kerajaan negeri Perak, Encik Razman Zakaria, masing-masing didenda RM1,000 ($325) oleh Mahkamah Majistret Gerik, hari ini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - - Foto: GANGUTARA/TWITTER

TIMBALAN Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Azmi, dan ahli Exco kerajaan negeri Perak, Encik Razman Zakaria, masing-masing didenda RM1,000 ($325) oleh Mahkamah Majistret Gerik, hari ini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu apabila Dr Noor Azmi, 59 tahun, dan Razman, 60 tahun, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara serentak oleh jurubahasa mahkamah.

Turut didakwa di mahkamah sama adalah 13 yang lain.

Menurut pertuduhan, semua tertuduh didapati berhimpun dalam kawasan tempatan jangkitan bagi maksud sosial di Dewan Maahad Tahfiz Al-Quran Lid Dakwah Wal Imamah Kampung Luat di Lenggong, antara jam 6 hingga 7 malam pada 17 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Peraturan 6 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Mengikut fakta kes, sebelum singgah ke maahad tahfiz berkenaan, Dr Noor Azmi, Razman dan beberapa lagi individu melawat Klinik Kesihatan Lenggong, untuk meninjau persiapan, permasalahan yang timbul, kekurangan dan keperluan kakitangan di Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak dalam mengawal penularan wabak Covid-19.

Selepas melawat klinik, kesemua tertuduh singgah ke maahad tahfiz terbabit untuk solat Asar dan memberi sumbangan barangan kering kepada wakil penduduk kampung sebelum ke dewan makan untuk menikmati jamuan.

Dr Noor Azmi dalam sidang media di luar mahkamah berkata, beliau memohon maaf atas kesilapan serta akan mematuhi sistem perundangan dan kehakiman negara.

"Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan terus berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg