Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Inkues kematian remaja Ireland bermula di Mahkamah Seremban

Aug 25, 2020 | 05:30 AM



SEREMBAN (Malaysia) : Mahkamah Koroner Seremban semalam memulakan siasatan mengenai kematian seorang remaja Ireland-Perancis yang mayatnya ditemui berhampiran sebatang sungai di hutan, 10 hari selepas remaja itu hilang semasa percutian keluarga di sebuah resort hutan.



Mayat tanpa pakaian Nora Anne Quoirin, 15 tahun, yang mengalami masalah pembelajaran, ditemui di jurang berhampiran resort Dusun di Seremban pada Ogos tahun lalu.



Polis menolak penculikan sebagai motif, mengatakan mereka tidak menemukan tanda-tanda tindakan jenayah, namun keluarganya mempersoalkan penemuan itu dan mengatakan anak remaja mereka tidak pernah meninggalkan keluarga secara sukarela.



Inkues itu bertujuan menjawab beberapa soalan termasuk "bila dan di mana si mati meninggal dunia, bagaimana dan dengan cara bagaimana si mati meninggal dunia, dan ... apakah ada orang yang terlibat secara jenayah dalam menyebabkan kematian", kata koroner Maimoonah Aid memberitahu mahkamah.



Peguam kerajaan Muhamad Iskandar Ahmad berkata 64 saksi dijangka dipanggil dalam inkues selama dua minggu itu di Mahkamah Koroner Seremban.



Quoirin berasal dari London dan mempunyai ibu warga Ireland dan ayah warga Perancis.



Keluarganya tidak akan menghadiri inkues itu tetapi perbicaraan disiarkan dalam talian.



Media sebelum ini melaporkan orang ramai boleh menyaksikan prosiding yang disiarkan secara langsung di portal Badan Kehakiman Malaysia.



Prosiding itu turut disiarkan di sosial media rasmi YouTube dan Facebook Badan Kehakiman Malaysia: The Malaysian Judiciary.



Menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman, kesemua 64 orang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan bermula 24 hingga 28 Ogos dan bersambung pada 1 hingga 4 September ini.



Pihak berkuasa sebelum ini mengatakan satu bedah siasat menunjukkan bahawa Quoirin telah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman, mungkin disebabkan oleh rasa lapar dan tekanan yang berpanjangan.



Dia mengalami kerosakan usus dan meninggal dua atau tiga hari sebelum mayatnya ditemui, kata pegawai.



Pakar patologi forensik yang melakukan bedah siasat mendapati ada calar kecil di kaki Quoirin tetapi memutuskan bahawa kecederaan itu tidak menyebabkan kematiannya, kata polis.



Keluarga mangsa berasakan kemungkinan ada kaitan jenayah dengan kehilangan remaja itu, sambil mengatakan bahawa dia mempunyai keperluan khas dan tidak pernah meninggalkan mereka secara sukarela, kata kumpulan mangsa Britain, Lucie Blackman Trust, tahun lalu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >