Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Insan tertua di dunia rai hari lahir 118 tahun

Jan 03, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Wanita Jepun yang diakui Rekod Dunia Guinness sebagai insan hidup tertua di dunia - Kane Tanaka - menyambut ulang tahun ke- 118 semalam, lapor Agensi Anadolu menurut media tempatan.



Dilahirkan pada 2 Januari 1903, Cik Tanaka menyambut ulang tahunnya di sebuah pusat jagaan di Fukuoka, lapor NHK News. Beliau dalam keadaan sihat, makan tiga kali sehari dan boleh melakukan senaman ringan.



Cik Tanaka pernah mengalami beberapa masalah kesihatan - menjalani pembedahan barah pankreas pada usia 45 tahun, pembedahan pembuangan batu empedu pada usia 76 tahun, dan pembedahan katarak pada usia 90 tahun.



Beliau baru-baru ini didiagnosis menghidap barah kolorektal dan menjalani pembedahan ketika berumur 103 tahun.



Kehidupan dan umur panjangnya dicatat oleh anak lelaki keduanya dan isterinya empat tahun kemudian ketika mereka menerbitkan sebuah buku berjudul Dalam Masa-Masa Baik Mahupun Buruk, 107 Tahun.



Mahu terus sihat dan mencapai usia 120 tahun, Cik Tanaka berkata kehidupan berkeluarga, cukup tidur, mengharapkan yang terbaik, mengamalkan pemakanan sihat, dan sentiasa berlatih matematik ialah "cara" beliau menjaga kecerdasan tubuh dan fikirannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >