Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Insiden terorisme mungkin meningkat setelah AS undur dari Afghanistan

Sep 02, 2021 | 05:30 AM



DOHA: Menteri Ehwal Luar Qatar dan Jerman memberi amaran kelmarin kemungkinan meningkatnya insiden terorisme setelah pengunduran Amerika Syarikat dari Afghanistan, yang sekarang berada di bawah pemerintahan Taleban.



Menteri Ehwal Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman al-Thani, mendesak kumpulan tegar itu untuk memerangi keganasan dan menggesa pembentukan sebuah pemerintahan yang inklusif.



"Kami menekankan pentingnya kerjasama untuk memerangi keganasan ... dan kami menekankan pentingnya Taleban untuk bekerjasama dalam bidang ini," katanya dalam sidang media selepas bertemu dengan rakan sejawatannya dari Jerman, Encik Heiko Maas.



"Peranan kami adalah untuk sering menggesa mereka (Taleban) untuk meluaskan pemerintahan yang menarik penyertaan semua pihak dan tidak mengecualikan mana-mana pihak.



"Dalam perbincangan kami dengan Taleban, tidak ada respons positif atau negatif," kata Shaikh al-Thani, merujuk kepada rundingan baru-baru ini antara pemimpin Qatar dan pemimpin baru Afghanistan.



Pegawai kanan dari negara anggota Kesatuan Eropah (EU) kelmarin berjanji melakukan penyelarasan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai penstabilan wilayah itu selepas Taleban mengambil alih Afghanistan.



Pejuang Taleban meraikan kemerdekaan mereka dengan melakukan tembakan ke udara kelmarin, beberapa jam selepas angkatan tentera Amerika meninggalkan Kabul, sekaligus menamatkan operasi menyelamat menerusi pengangkutan udara yang menyaksikan lebih 123,000 warga asing dan rakyat Afghanistan meninggalkan negara kancah perang itu.



"Saya secara peribadi percaya tidak ada jalan lain dalam rundingan dengan Taleban... kerana kita tidak mampu sama sekali mengalami ketidakstabilan di Afghanistan," kata Encik Maas.



"Ini akan membantu (meningkatkan tindakan) terorisme dan memberi kesan sangat buruk ke atas negara jiran.



"Kami tidak melihat kepada persoalan tentang pengiktirafan ras.i, tetapi kami mahu menghuraikan masalah sedia ada - mengenai penduduk di Afghanistan, warga Jerman, dan juga kakitangan tempatan yang mahu meninggalkan negara itu," ujarnya lagi.



Awal sebelum itu, Canselor Jerman, Cik Angela Merkel berkata, memastikan lapangan terbang Kabul terus dibuka adalah "sangat penting" kerana negara-negara Barat kini menimbangkan untuk membawa lebih ramai orang keluar dari negara itu. Rundingan kini sedang dijalankan bagi menentukan siapa harus mengendalikan lapangan terbang Kabul.



Pegawai Amerika berkata, lapangan terbang itu berkeadaan teruk, dengan kebanyakan prasarana asas musnah atau dalam keadaan buruk.



Pihak Taleban telah meminta Turkey untuk mengendalikan logistik sementara mereka mengekalkan keselamatan, tetapi Presiden Recep Tayyip Erdogan memandang dingin pada idea tersebut Ahad lalu.



Amerika menawan Afghanistan dan menumbangkan pemerintahan Taleban pada 2001 susulan serangan Al-Qaeda pada 11 September tahun itu, yang anggota dan pimpinannya berlindung di Afghanistan.



Pemerintah Taleban kini menguasai semula Afghanistan selepas dua dekad penjajahan Amerika di negara itu.



Ia merupakan peperangan paling lama Amerika. Pendudukan Amerika menelan padah besar - meragut hampir 2,500 askarnya dan belanja mencecah AS$2 trilion ($2.6 trilion).



Dianggarkan 240,000 nyawa Afghanistan terkorban akibat serangan dan pendudukan Amerika. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >