Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iran, China, Russia adakan latihan tentera laut bersama

Jan 23, 2022 | 05:30 AM



TEHERAN: Tiga kuasa besar Iran, China dan Russia mengadakan latihan tentera laut bersama kali ketiga di Lautan Hindi, kelmarin, lapor stesen televisyen tempatan.



Tentera laut Angkatan Tentera Iran dan Pengawal Revolusi Iran menyertai latihan 'Jalur Keselamatan Marin 2022' di kawasan seluas 17,000 kilometer persegi, kata Laksamana Muda Mostafa Tajoldini, merangkap jurucakap latihan itu kepada stesen penyiaran tempatan.



Latihan itu termasuk pelbagai taktikal seperti menyelamat kapal terbakar, kapal yang dirampas dan tembakan udara pada sebelah malam.



Laksamana Muda Tajoldini berkata, latihan bermula pada awal pagi.



Jelasnya, tiga negara menyertai latihan bersama pada 2019 di Lautan Hindi dan di kawasan Laut Oman.



"Tujuan latihan diadakan untuk memperkuat keselamatan dan dasar di rantau berkenaan serta mengembangkan kerjasama multilateral antara tiga negara untuk bersama menyokong keamanan dunia, keselamatan maritim dan menubuhkan sebuah komuniti maritim dengan masa depan sama," katanya.



Presiden Iran yang baharu, Shaikh Ebrahim Raisi, meneruskan dasar pandang ke timur untuk mengukuhkan lagi hubungan negara itu dengan China dan Russia.



Teheran menyertai Organisasi Kerjasama Shanghai pada September lalu, iaitu sebuah badan keselamatan Asia Tengah yang diketuai Beijing serta Moscow.



Menteri Luar Iran, Encik Hossein Amirabdollahian, berkunjung ke China pada minggu lalu dan Presiden Iran pula mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya di Moscow pada Khamis lalu.



Kapal tentera Russia, bersama kapal China dan Iran "melakukan latihan taktikal bersama dan melakukan latihan menembak di sebuah sasaran kapal selain melakukan misi mencari dan menyelamat di laut," menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Russia, kelmarin.



Ia menambah, mereka juga melakukan latihan pemeriksaan dan pembebasan kapal yang seharusnya dirampas lanun."



Dilaporkan 11 kapal Iran, tiga kapal Russia dan dua kapal China menyertai latihan bersama ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >