Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iran laksanakan hukuman mati pertama susuli bantahan, cetus kemarahan antarabangsa

Dec 10, 2022 | 5:30 AM
HADAPI RISIKO: Sekurang-kurangnya 12 orang kini menghadapi risiko dihukum mati selepas dijatuhi hukuman gantung menyusuli bantahan yang berlangsung. - Foto AFP
HADAPI RISIKO: Sekurang-kurangnya 12 orang kini menghadapi risiko dihukum mati selepas dijatuhi hukuman gantung menyusuli bantahan yang berlangsung. - Foto AFP -

TEHRAN: Iran menjalankan hukuman mati pertamanya kelmarin menyusuli bantahan yang telah menggoyangkan rejim negara itu sejak September, lantas mencetuskan kemarahan dan amaran antarabangsa daripada kumpulan hak asasi bahawa lebih banyak hukuman gantung pasti akan berlaku.

Encik Mohsen Shekari, 23 tahun, telah didakwa dan dihukum sampai mati kerana menghalang jalan raya dan mencederakan seorang anggota separa tentera semasa di fasa awal bantahan berlangsung, selepas satu proses perundangan yang dianggap sebagai "perbicaraan pertunjukan" oleh kumpulan hak asasi.

Sekurang-kurangnya 12 yang lain kini berhadapan dengan risiko dihukum mati selepas dijatuhi hukuman gantung berkaitan dengan bantahan tersebut, seperti yang dikatakan kumpulan hak asasi manusia.

Tunjuk perasaan telah berlaku di Iran hampir tiga bulan lamanya sejak Cik Mahsa Amini, 22 tahun, mati semasa dalam tahanan selepas beliau diberkas oleh polis di Tehran atas dakwaan melanggar cara berpakaian hijab untuk wanita di Iran.

Bantahan tersebut, yang dianggap pihak berkuasa sebagai rusuhan menimbulkan cabaran besar kepada republik Islam itu.

Amnesty International berkata ia berasa ngeri dengan hukuman mati itu, dan menganggap perbicaraan Encik Shekari sebagai amat tidak adil dan satu penipuan.

"Hukuman matinya itu mendedahkan sifat tidak berperikemanusiaan sistem yang dianggap adil di Iran, di mana ramai yang lain berhadapan dengan nasib yang serupa," kata kumpulan itu.

Pengarah Hak Asasi Manusia Iran (IHR) yang berpangkalan di Oslo, Encik Mahmood Amiry-Moghaddam, menggesa reaksi lantang pihak antarabangsa, atau berhadapan dengan hukuman mati beramai-ramai mereka yang membantah.

"Mohsen Shekari telah dihukum mati selepas perbicaraan yang terburu-buru dan tidak adill tanpa seorang peguam," katanya.

Agensi berita Fars di Iran, menayangkan satu laporan video yang menunjukkan Encik Shekari berbual tentang serangan itu semasa dalam tahanan, yang dianggap IHR sebagai pengakuan paksa dengan mukanya jelas cedera.

Pemerintah barat turut serta melahirkan rasa marah mereka terhadap hukuman tersebut. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg