Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iran kecam sekatan terbaru AS

Oct 31, 2021 | 05:30 AM



TEHERAN: Iran kelmarin mengecam langkah sekatan terbaru yang dibuat Amerika Syarikat ke atasnya, yang disifatkan sebagai "tindakan yang benar-benar bercanggah".



"Sebagai pemerintah yang ber cakap tentang niat untuk mengembalikan perjanjian nuklear tetapi meneruskan dasar Trump (mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump), memberi gambaran ia bukan sesuatu yang boleh dipercayai," kata jurucakap kementerian ehwal luar Iran, Encik Saeed Khatibzadeh, dalam satu bidasan yang disiarkan di laman rasmi kementerian itu.



Pentadbiran Amerika sejak dahulu tambahnya, telah menunjukkan "ketidakupayaan" mereka untuk memahami hakikat di Iran.



Tekanan oleh Amerika tidak akan menyebabkan "kerosakan apa pun" terhadap kesungguhan pemerintah Iran untuk mempertahan keselamatan dan kedamaian rakyatnya, kata jurucakap itu.



Awal sebelumnya, Amerika telah mengenakan sekatan ke atas syarikat dan individu yang terkait dengan program pesawat tanpa pemandu (UAV).



"Langkah Iran meningkatkan penggunaan UAV merentas rantau memberi ancaman kepada keamanan dan kedamaian antarabangsa.



"Iran dan konco militannya telah menggunakan UAV untuk menyerang tentera Amerika, rakan kami dan perkapalan antarabangsa," kata Timbalan Setiausaha Perbendaharaan Amerika, Encik Wally Adeyemo.



Larangan terbaru ke atas Iran timbul selepas perunding nuklear Iran, Encik Ali Bagheri Kani pada Rabu lalu berkata Teheran telah bersetuju untuk menyambung semula rundingan yang lama tergantung yang bertujuan mengembalikan perjanjian nuklear 2015 Iran, yang secara rasminya dikenali sebagai Rancangan Tindakan Bersama Menyeluruh (JCPOA), sebelum akhir November ini.



Pentadbiran Trump telah menarik keluar Washington dari JCPOA pada 2018 dan mengenakan semula sekatan lama dan melakukan sekatan baru ke atas Iran meskipun Teheran mematuhi perjanjian antarabangsa.



Sebagai tindak balasnya, Iran telah mula mengenepikan komitmen yang digariskan di dalam perjanjian itu dengan meningkatkan bahan dan ketulenan uranium yang diperkayakan dan memasang pengempar canggih.



Sebanyak enam pusingan rundingan diadakan, bagi memantau secara ketat program nuklear Iran, dan menarik balik sekatan, yang diadakan di ibu kota Austria di Vienna antara April dan Julai tahun ini tetapi ia terganggu oleh peralihan pemerintah Iran. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >