TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei berkata Tehran dan Moscow harus mengukuhkan hubungan dan mencadangkan Barat harus dipersalahkan atas perang di Ukraine.
Bercakap selepas pertemuannya dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, Ayatollah Khamenei berkata:
"Jika anda tidak mengambil inisiatif, pihak lain akan menyebabkan perang dengan inisiatifnya sendiri," kata Ayatollah Khamenei kepada Encik Putin.
"Menceroboh jiran anda, sebuah negara merdeka yang berdaulat, anda cenderung kehilangan kawan anda,'' ujar Ayatollah Khamenei lagi.
Encik Putin bertemu pemimpin Iran dan Turkey kelmarin.
Ia merupakan lawatan asing kedua sejak beliau melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine pada Februari lalu.
Eksport bijirin Ukraine melalui Laut Hitam adalah agenda utamanya dan Encik Putin berkata kemajuan itu telah dicapai.
Encik Putin selepas mengadakan perbincangan dengan pemimpin Iran dan Turkey berkata Barat mesti menghapuskan sekatan ke atas eksport bijirin Russia sambil menambah ia akan memudahkan eksport bijirin Ukraine, jika "semua sekatan yang berkaitan dengan penghantaran udara untuk eksport bijirin Russia" ditarik balik.
"Kami akan memudahkan eksport bijirin Ukraine, tetapi kami meneruskan daripada fakta bahawa semua sekatan yang berkaitan dengan penghantaran udara untuk eksport bijirin Russia akan ditarik balik," kata Encik Putin.
Campur tangan tentera Russia di Ukraine telah menghalang penghantaran daripada salah satu pengeksport gandum dan bijirin lain terbesar di dunia, mencetuskan kebimbangan tentang kekurangan makanan sejagat.
Perang saudara di Syria turut dibincangkan, dengan Turkey dan Russia.
Sidang puncak tiga penjuru itu adalah peluang untuk Encik Putin menunjukkan beliau masih mempunyai sekutu antarabangsa dan menggunakan sidang untuk cuba menunjukkan ia mengekalkan sekutu yang kuat dan pengaruh geopolitik.
Kremlin berminat untuk menunjukkan bahawa sekatan antarabangsa telah gagal untuk mengasingkan Russia, negara terbesar di dunia.
Amerika Syarikat pula menyifatkan lawatan pemimpin Russia ke Iran menunjukkan betapa Moscow menjadi terasing berikutan pencerobohannya ke atas Ukraine.
Turkey dan Iran juga merupakan saingan Russia. Turkey dan Russia berada di pihak yang bertentangan di Syria dan di Libya.
Mereka bersaing untuk mendapatkan pengaruh di Caucasus Selatan manakala dron tempur Turkey telah menyokong tentera Ukraine.
Bagi Iran, ia bersaing dengan Russia dalam pasaran tenaga global.
Di Tehran, Encik Putin juga mengadakan pertemuan bersemuka pertamanya sejak permulaan perang dengan pemimpin negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan.
Walaupun menjadi anggota penting pakatan tentera Barat, Turkey telah menolak untuk menyertai sekatan antarabangsa terhadap Moscow, dengan kerajaan Erdogan berusaha untuk memainkan peranan sebagai orang tengah.
Baru-baru ini, Ankara telah cuba berunding untuk menamatkan sekatan bijirin di Laut Hitam, yang menghalang berjuta-juta tan bijirin yang sangat diperlukan daripada meninggalkan Ukraine dan dihantar ke negara-negara di seluruh dunia.
Kapal Laut Hitam Russia dikatakan akan menghentikan sebarang penghantaran masuk atau keluar.
Encik Putin berkata kemajuan telah dibuat dalam isu itu, dan berterima kasih kepada Encik Erdogan kerana menjadi pengantara perbincangan antara Moscow dengan Kyiv. - Agensi berita.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg