Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iran: Serang balas Amerika akan cetuskan perang serantau

Jan 08, 2020 | 02:48 PM



DUBAI: Sebarang serang balas Amerika Syarikat selepas serangan Iran ke atas markas tenteranya di Iraq akan mencetuskan perang besar-besaran di Asia Barat.



Penasihat Presiden Iran, Hassan Rouhani, Hessameddin Ashena, berkata demikian dalam posnya di Twitter baru-baru ini.


“Sebarang tindakan oleh Amerika akan disambut dengan perang besar-besaran di Asia Barat. Arab Saudi mungkin boleh membuat pilihan lain, mereka boleh capai keamanan mutlak,” katanya.


Beliau berkata demikian mengulas mengenai serangan terbaru di mana sekurang-kurangnya 12 peluru berpandu disasarkan terhadap markas udara al-Asad dan Erbil di Iraq, yang menempatkan tentera Amerika dan tentera bersekutu.


Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengesahkan mereka melancarkan serangan bagi membalas dendam atas kematian komander tertinggi pasukan itu, Qasem Soleimani, dalam serangan dron Amerika di Iraq Jumaat lalu.


Teheran dan Riyadh terbabit dalam perang proksi di Asia Barat sejak berdekad lamanya, dari Iraq hingga ke Syria dan Yaman.


Iran juga sudah berulang kali menggesa seterunya, Arab Saudi, supaya memperbaiki hubungan dengan Teheran. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >