Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iran setuju beri kotak hitam pesawat Ukraine terhempas dek peluru berpandu

Mar 12, 2020 | 3:47 PM
TERHEMPAS: Serpihan pesawat Syarikat Penerbangan Antarabangsa Ukraine yang terhempas di luar Tehran, Iran, pada 8 Januari 2020. Foto: REUTERS.
TERHEMPAS: Serpihan pesawat Syarikat Penerbangan Antarabangsa Ukraine yang terhempas di luar Tehran, Iran, pada 8 Januari 2020. Foto: REUTERS. -

MONTREAL: Iran pada Rabu (12 Mac) berikrar dalam satu mesyuarat agensi penerbangan sivil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bahawa ia akan memberi kotak hitam Pesawat 752 yang terhempas kepada Ukraine atau Perancis untuk diperiksa.

Wakil Iran di Pertubuhan Penerbangan Sivil Antarabangsa di Montreal, Encik Farhad Parvaresh berkata bahawa alat itu akan dihantar ke Kiev, satu langkah yang disambut baik Canada dan Ukraine.

Kotak hitam itu dijangka mengandungi maklumat pada saat-saat terakhir sebelum pesawat Syarikat Penerbangan Antarabangsa Ukraine itu ditembak peluru berpandu oleh tentera Iran setelah pesawat itu baru sahaja berangkat dari lapangan terbang Tehran pada 8 Januari lalu.

Duta Ukraine kepada Canada, Encik Andriy Schevchenko berkata dalam satu tweet bahawa negara itu, yang warganya antara mangsa kemalangan itu, menyambut baik rancangan tersebut. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg