Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iraq dakwa penangkapan pemimpin kanan Daesh

May 21, 2020 | 8:30 AM
BERJAYA DIBERKAS: Seorang pemimpin Daesh yang dianggap sebagai pengganti bekas ketua kumpulan pengganas Abu Bakar Al-Baghdadi, Abdul Nasser Qardash, telah ditahan oleh Perkhidmatan Perisikan Nasional yang memberitahu Agensi Berita Iraq (INA), dan dilaporkan akhbar Arab News hari ini. 
BERJAYA DIBERKAS: Seorang pemimpin Daesh yang dianggap sebagai pengganti bekas ketua kumpulan pengganas Abu Bakar Al-Baghdadi, Abdul Nasser Qardash, telah ditahan oleh Perkhidmatan Perisikan Nasional yang memberitahu Agensi Berita Iraq (INA), dan dilaporkan akhbar Arab News hari ini.  - - Foto: ARABNEWS

RIYADH: Iraq pada hari Rabu mendakwa telah menangkap seorang pemimpin Daesh yang dianggap sebagai pengganti bekas ketua kumpulan pengganas Abu Bakar Al-Baghdadi, lapor akhbar Arab News hari ini.

Perkhidmatan Perisikan Nasional memberitahu Agensi Berita Iraq (INA) pihaknya telah menahan Abdul Nasser Qardash.

Dia berkhidmat sebagai ketua salah satu komisi kumpulan pengganas, kata INA, dan berkhidmat di bawah Abu Musab Al-Zarqawi, yang memimpin kumpulan yang mendahului Daesh.

Namun, beberapa laporan menunjukkan Qardash ditangkap oleh pasukan Amerika Syarikat atau Kurdi di Syria tahun lalu dan baru-baru ini dipindahkan ke tahanan Iraq.

Amerika Syarikat sebelum ini telah mengenal pasti Ameer Muhammed Saeed Al-Salbi Al-Mawla, sebagai pemimpin baru Daesh.

Dia dikenali dalam kumpulan itu sebagai Abu Ibrahim Al-Hashimi Al-Qurashi.

Beberapa laporan mengatakan Qardash adalah orang yang sama dengan Al-Mawla, walaupun foto yang digunakan oleh INA militan yang ditangkap tidak sesuai dengan gambar Al-Mawla.

Bekas pemimpin Daesh, Al-Baghdadi meletupkan dirinya pada Oktober semasa serangan di tempat persembunyiannya di Syria oleh pasukan khas Amerika.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg