Topic followed successfully
Go to BHkuIraq lancar ofensif ketenteraan terhadap IS
Premium
Iraq lancar ofensif ketenteraan terhadap IS
Usaha perangi militan bagi tawan semula Tikrit
Mar 4, 2015 | 5:30 AM
Iraq lancar ofensif ketenteraan terhadap IS
MEMERANGI IS: Tentera Iraq dan pejuang Syiah duduk di atas kereta kebal di wilayah Salahuddin semalam. Mereka telah melancarkan serangan ke atas kubu kuat militan Negara Islam di Tikrit, utara Baghdad. - Foto REUTERS -
WASHINGTON: Tiada had masa perlu ditetapkan bagi pasukan Iraq melancarkan ofensif ketenteraan terhadap militan Negara Islam (IS) di Mosul, kata Jeneral Bersara John Allen, yang dilantik bagi menyelaraskan perikatan antarabangsa memerangi militan IS.
Kenyataan beliau dibuat sedang tentera Iraq yang disokong militan Syiah dan puak Sunni memulakan operasi menawan semula Tikrit, dalam usaha lebih luas untuk menawan semula utara Iraq daripada penguasaan militan IS.

