Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISIS bakar dua tawanan hidup-hidup

Dec 23, 2016 | 03:52 PM



ANKARA (Turkey) - Kumpulan pengganas, Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) telah memuatnaikkan sebuah video yang didakwa memaparkan dua askar Turkey dibakar hidup-hidup selepas Ankara berikrar memerangi pengganasan di Syria sebagai respons terhadap kematian 16 anggota tenteranya dalam peperangan ke atas kumpulan tersebut.



Video 19 minit itu menunjukkan dua lelaki berpakaian seragam telah diheret dari sebuah kandang sebelum diikat dan dibakar, dan dimuatnaikkan ke Internet dan dikatakan telah dirakam di "Wilayah Aleppo" yang diisytiharkan ISIS di barat Syria.



Bercakap dalam bahasa Turkey, pembunuh kedua-dua lelaki itu mengkritik Presiden Turkey Recep Tayyip Erdogan dan menggesa agar "kemusnahan dilaksanakan" di Turkey.



Paparan yang mengerikan itu adalah serupa pembunuhan juruterbang pesawat pejuang Jordan, Moaz al-Kassasbeh, yang telah ditangkap oleh ISI semasa pesawatnya terhempas di Syria pada Disember 2014, dan beliau kemudiannya dibakar hidup-hidup dalam sebuah kandang.



Agensi berita berkaitan ISIS, Amaq, menyatakan bulan lalu bahawa kumpulan itu telah menangkap dua askar Turket dan tentera Turkey secara berasingan menyatakan bahawa ia telah terputus hubungan dengan dua anggotanya.



Akses ke rangkaian sosial Twitter, YouTube dan Facebook dilaporkan telah disekat di Turkey selepas ISIS menayangkan rakaman pembunuhan itu.



Turkey Blocks, sebuah laman yang cuba "mengenalpasti dan mengesahkan laporan Internet yang ditapis" melaporkan bahawa ia mengalami kesukaran mengakses tiga laman menyusuli paparan video tersebut.



"Setiap sekatan itu kelihatannya dilakukan di peringkat ISP, dengan setiap penyedia melaksanakan kawalan masing-masing, menyebabkan sesetengah terjejas sebahagiannya atau sepenuhnya," katanya.



"Penutupan ini adalah yang kedua dalam seminggu, dengan satu lagi penutupan serupa dibuat selepas pembunuhan duta besar Russia ke Turkey."



Penyiaran video itu datangnya sehari selepas 16 askar Turkey terbunuh dalam satu pertempuran dengan pengganas ISIS - yang merupakan satu kehilangan yang besar buat Turkey sejak penglibatannya dalam perang di Syria.



Mereka dibunuh dalam satu serangan bertubi-tubi di sekitar bandar Al-Bab kelmarin (21 Dis) termasuk menggunakan serangan nekad berkereta.



Jumlah korban yang besar menunjukkan pertempuran sengit di bandar itu, yang mana pasukan tentera Turkey cuba menawannya semula sejak penglibatan selama empat bulan di Syria.



Pasukan tentera Turkey memasuki Syria pada 24 Ogos sebagai menyokong penentang Syria yang pro-Ankara, dengan tujuan menumbangkan ISIS dan militia Kurdi di kawasan sempadan.



Sekurang-kurangnya 38 askar Turkey terkorban dalam operasi ini, yang dinamakan oleh pemerintah Turkey sebagai Perisai Euphrates.



Presiden Erdogan semalam ditukil sebagai menyatakan bahawa ia berikrar kempen ketenteraan yang dilakukan sekarang akan terus dilakukan.



"Ya, mungkin kami perlu mengebumikan pejuang yang terkorban," katanya dalam satu ucapan di Ankara.



"Tetapi kami berazam untuk memelihara ingatan mereka dan melindungi apa yang ditinggalkan mereka kepada kita dan meneruskan perjuangan ini." - Aljazeera, Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >