Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ISIS mengaku dalang, Presiden umum perintah berkurung

Apr 10, 2017 | 2:21 PM
MANGSA TERORISME: Penganut Kristian Mesir berdiri mengelilingi keranda dan meratapi kematian mangsa serangan ganas yang berlaku di dua gereja sewaktu mereka menghadiri acara keagamaan di Gereja Ortodoks Koptik Mar Girgis di Bandar Delta Nil di Tanta, dan di Gereja St Marks di Iskandariah pada 9 April lalu. - Foto AFP
MANGSA TERORISME: Penganut Kristian Mesir berdiri mengelilingi keranda dan meratapi kematian mangsa serangan ganas yang berlaku di dua gereja sewaktu mereka menghadiri acara keagamaan di Gereja Ortodoks Koptik Mar Girgis di Bandar Delta Nil di Tanta, dan di Gereja St Marks di Iskandariah pada 9 April lalu. - Foto AFP -

KAHERAH (Mesir): Kumpulan pengganas Negara Islam di Syria dan Iraq (ISIS) mengaku bertanggungjawab ke atas serangan berdarah di dua gereja di Tanta dan Iskandariah, Mesir.

Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban manakala 78 lagi cedera dalam serangan di gereja Koptik di Tanta, sementara 18 warga biasa dan empat anggota polis terbunuh apabila seorang pengebom nekad meletupkan dirinya di luar sebuah gereja di Iskandariah, lapor laman berita Mesir, Al-Ahram.

Menyusuli serangan itu, Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi, mengisytiharkan darurat selama tiga bulan.

Serangan di bandar Tanta dan Iskandariah di Delta Nil itu itu berlaku semasa masyarakat Kristian negara itu meraikan satu acara keagamaan yang penting dalam kalendar agama tersebut.

Serangan kali ini berlaku beberapa minggu sebelum kunjungan Pope Francis ke Mesir, dan selepas insiden pengeboman gereja pada Disember tahun lalu.

Presiden Sisi mengisytiharkan perintah darurat itu perlu dibentang ke Parlimen dalam tempoh seminggu dan memberi amaran usaha memerangi pengganas akan mengambil masa yang lama dan menyakitkan. - Agensi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg