Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ismail nafi dakwaan 'rancang sesuatu' bersama pengerusi PN

Dec 15, 2022 | 5:30 AM
DATUK SERI ISMAIL: Nafi berada di Jakarta bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
DATUK SERI ISMAIL: Nafi berada di Jakarta bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. -

PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menafikan dakwaan beliau "merancang sesuatu" bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Jakarta, baru-baru ini.

Beliau dipetik sebagai memberi amaran mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap sebaran "fitnah" berkenaan.

Dakwaan itu tersebar gara-gara ketidakhadirannya dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 8 Disember lalu.

"Kalau nak fitnah orang pun, biarlah munasabah sikit. Kalau dalam rekod imigresen saya tak keluar negara, maknanya saya dalam negaralah.

"Saya sudah pun mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah," katanya, lapor MalaysiaKini.

Selain Datuk Ismail Sabri, seorang lagi naib presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid, juga tidak menghadiri mesyuarat tersebut.

Mesej di media sosial yang dikongsi berulang kali oleh individu tidak dikenali mendakwa Datuk Ismail Sabri dan pemimpin Umno yang tidak hadir mesyuarat MKT Umno pada malam itu berada di Jakarta dan "sedang merancang sesuatu".

Menggelarnya 'Langkah Jakarta', Tan Sri Muhyiddin juga dikatakan turut berada di republik itu.

Sementara itu, Datuk Ismail Sabri berkata, beliau berada di Bera, Pahang, makan nasi daun pisang bersama seorang wartawan veteran ketika mesyuarat MKT diadakan. Tetapi, lokasinya tidak didedahkan.

Pada sebelah malamnya pula, kata Datuk Ismail Sabri, beliau berada di kawasan Parlimennya di Bera untuk perasmian perlumbaan kereta pacuan empat roda terkenal, Rainforest Challenge International (RFC).

Ini bukan kali pertama Datuk Ismail Sabri berdepan dakwaan sedemikian. Sebelum ini, beliau dan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) turut didakwa menghadiri pertemuan tertutup bersama parti daripada gabungan lain.

Khabar angin itu tersebar ketika BN dilihat terbahagi kepada dua kem - antara mereka yang menyokong kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) dengan mereka yang menentangnya. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg