Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ismail Sabri belum putuskan pertahan kerusi Naib Presiden Umno

Feb 5, 2023 | 5:30 AM
DATUK SERI ISMAIL SABRI: Tegaskan bahawa sekiranya beliau mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatannya, beliau tidak mahu lagi terus campur tangan dalam hal parti. - Foto AFP
DATUK SERI ISMAIL SABRI: Tegaskan bahawa sekiranya beliau mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatannya, beliau tidak mahu lagi terus campur tangan dalam hal parti. - Foto AFP -

KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengesahkan belum memutuskan sama ada akan pertahan jawatan sebagai Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti mendatang.

Ahli Parlimen bagi kawasan undi Bera di Pahang itu berkata, ketika ini beliau masih mempertimbangkan perkara itu, malah mengakui pilihan yang akan dibuatnya kelak akan menentukan 'team' (pasukan) mana yang menjadi pilihan.

"Saya belum ambil sebarang keputusan untuk pertahankan jawatan atau sebaliknya... saya masih mempertimbangkan perkara itu.

"Jadi sama ada saya ada 'team' (pasukan) atau tidak, (ia) bergantung pada keputusan itu nanti (bertanding pertahan jawatan atau sebaliknya).

"Jika saya pilih untuk tidak bertanding, maka sudah tentu saya tiada 'team' (pasukan)," katanya ketika temubual bersama Berita Harian Malaysia (BHM) kelmarin.

Terdahulu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan akan mempertahan jawatan sebagai Naib Presiden Umno pada pemilihan parti bulan ini.

Selain Datuk Seri Mohamed Khaled, sumber berkata seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid, akan turut pertahan jawatan, selain Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, yang dikhabarkan akan merebut jawatan nombor tiga Umno itu.

Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 sebelum ini memutuskan dua jawatan tertinggi parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Dalam pada itu, Datuk Ismail menegaskan bahawa sekiranya beliau mengambil keputusan tidak mempertahan jawatannya, beliau tidak mahu lagi terus campur tangan dalam hal parti.

Mengulas keputusan PAU 2022 mengenai jawatan Timbalan Presiden dan Presiden tidak dipertandingkan, katanya setakat ini beliau menghormati keputusan itu. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg