Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Ismail Sabri: BN ambil pendirian neutral, kekal sebagai pembangkang

Nov 23, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri sementara Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam berkata Barisan Nasional (BN) mengambil pendirian neutral dan kekal sebagai pembangkang.



Malah, beliau mengesahkan bahawa Dewan Tertinggi BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).



Sebaliknya, beliau berkata BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.



"Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan (persekutuan)," ujar beliau menerusi laman Twitter beliau pada 2 petang semalam.



Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong telah memberi tempoh kepada kedua-dua Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim; dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hingga 2 petang semalam untuk membuktikan bahawa mereka memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan.



Namun kira-kira satu setengah jam kemudian, dua pemimpin gabungan itu tidak dapat menunjukkan bukti mendapat sokongan majoriti mudah dalam kalangan Anggota Parlimen (AP).



Dalam satu kenyataan media, BN menyatakan Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat semalam telah memutuskan beberapa perkara.



Ini termasuk tiada AP BN yang telah memberi sokongan terhadap pencalonan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-10, dan pemakluman mengenai perkara ini telah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong.



Dewan Tertinggi BN juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak berkenaan, bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.



"Sehubungan itu, Barisan Nasional meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang ketika mendepani situasi politik negara



"Dengan pendirian dan keputusan yang dicapai, kedudukan Barisan Nasional adalah kekal seperti sekarang," ujar kenyataan itu.



Timbalan Presiden Kongres India Malaysia (MIC), Datuk Seri M Saravanan, yang ditemui selepas selesai mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn, memaklumkan BN bersetuju secara 'en bloc' untuk kekal sebagai pembangkang.



"Semua setuju kita tak sokong sesiapa. Kita berdiri sebagai satu blok, dan kita sedia menjadi pembangkang.



"Kita tak pilih (PN atau PH), tak masuk mana-mana. Kita hormat pendirian rakyat," katanya.



Mengulas perkara sama, AP Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, berkata 30 AP BN yang hadir mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu mengesahkan tidak menyokong nama mana-mana calon AP sebagai Perdana Menteri ke-10.



"Nama (calon Perdana Menteri) tidak ada. Kita tidak mencadangkan. Tidak ada 'side' (sebelah mana-mana pihak).



"(Semua) 30 Ahli Parlimen BN bertenang. Sehingga masa yang sesuai," katanya ditemui media semalam.



Beliau juga berkata semua AP BN sepakat bersedia untuk menjadi pembangkang.



"Dalam politik semua boleh berlaku. Kami mahu 'en bloc'. Kami dalam satu pasukan. Kita sedia jadi pembangkang," katanya.



Dewan Tertinggi BN kemudian mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan berunding dengan mana-mana pihak demi membentuk kerajaan yang stabil tetapi ia tidak akan menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana menteri Malaysia yang akan datang.



Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan 30 AP BN supaya mengadap baginda hari ini.



Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsuddin, berkata sesi mengadap secara individu itu dijadualkan berlangsung pada 10.30 pagi di Istana Negara.



"Proses ini bertujuan supaya baginda dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan," katanya.



Sementara itu, pemimpin Umno yang juga bekas AP Rembau, Encik Khairy Jamaluddin, menegaskan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiada lagi keabsahan moral sebagai presiden parti itu dan tidak layak membuat keputusan bagi pihak parti itu berkenaan pembentukan kerajaan.



Dalam satu kenyataan di Twitter, Encik Khairy juga mengulangi pendirian agar presiden Umno itu meletakkan jawatan segera. - Laporan tambahan Mohd Noor A. Rahman.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >