Topic followed successfully
Go to BHkuIsmail Sabri: BN tak sokong PH, PN; kekal sebagai pembangkang
Ismail Sabri: BN tak sokong PH, PN; kekal sebagai pembangkang
Ismail Sabri: BN tak sokong PH, PN; kekal sebagai pembangkang
PERDANA Menteri sementara Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengesahkan bahawa Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
Sebaliknya, beliau berkata BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.
"Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan (persekutuan)," ujar beliau menerusi laman Twitter beliau tepat 2 petang hari ini (22 November).
Yang di-Pertuan Agong telah memberikan tempoh kepada kedua-dua Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hingga 2 petang tadi untuk membuktikan dakwaan mereka memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan.

