Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ismail Sabri kekal PM jika BN menang pilihan raya

Perkara disahkan oleh Pengerusi BN, Zahid Hamidi
Sep 20, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai poster boy calon Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan tidak lama lagi.



Ia disahkan oleh pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa Datuk Seri Ismail akan dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya parti itu menang PRU15.



Perkara itu dinyatakan Presiden Umno itu dalam ucapan ketika merasmikan Bridged MIC di Stadium Axiata Arena lewat malam kelmarin.



Beliau berkata, jika Perdana Menteri Ismail meneruskan tugasnya, permintaan MIC akan dipertimbang



"Saya yakin Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), saya dan PM (Perdana Menteri) akan memberi pertimbangan sehabis baik semua permintaan MIC.



"Kerana kita yakin kebersamaan yang ada dalam parti komponen BN sudah diterjemahkan dengan sebaik-baiknya.



"Saya secara konsisten menyatakan bahawa BN akan terus mewujudkan negara bangsa, bangsa Malaysia. Apatah lagi jika PM, Datuk Seri Ismail, meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri," katanya yang disambut hadiri dengan tepukan dan sorakan gemuruh.



Kira-kira 10,000 ahli MIC menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran; serta Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S. Saravanan.



Kenyataan itu yang pertama seumpamanya berhubung kedudukan Datuk Seri Ismail yang sebelum ini diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menjadi calon poster boy dan calon Perdana Menteri pada PRU15 nanti.



April lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, dalam kenyataan memaklumkan, MKT Umno sebulat suara mencadangkan Datuk Seri Ismail menjadi calon Perdana Menteri, bagi menghadapi PRU15.



Datuk Seri Ahmad Zahid juga menegaskan permintaan MIC sebelum ini sudah pun ditunaikan Perdana Menteri.



"Saya yakin kesatuan parti pelbagai kaum ini walaupun agak berbeza, kita akan melayani apabila gendang 'perang' pilihan raya diumumkan Perdana Menteri.



"Kita akan berada dalam kesatuan besar BN dan yakin permintaan Tan Sri Vicky (Vigneswaran) didengar PM dan ada yang PM sudah umumkan pun tadi, semua permintaan itu diluluskan dan kita harus beri penghargaan kepada PM," katanya.



Lewat malam Sabtu lalu, Datuk Seri Ismail berkata tarikh pembubaran Parlimen akan diumumkan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada PRU15 dengan berkata perkara itu akan dibawa kepada meja perbincangan bersama lima kepemimpinan tertinggi atau Top Five dalam Umno.



Terdahulu Datuk Seri Ahmad Zahid menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Datuk Seri Ismail.



Sebaliknya, Presiden Umno berkata, chemistry atau ikatan hubungan antara beliau dan Perdana Menteri adalah kental untuk bekerjasama dalam parti, sekali gus bertempur bersama pada PRU15.



"Ramai tengok bahasa tubuh antara saya dan beliau, malah seluruh negara perhatikannya. Kita tak ada masalah peribadi asalkan PRU15 dibuat pada tahun ini.



"Chemistry saya dan beliau adalah kental, kita harus membina kekuatan," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) di Stadium Titiwangsa kelmarin.



Sebelum ini, timbul dakwaan terdapat dua kem dalam Umno dengan satu daripada kem itu dikatakan menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid, manakala satu lagi kem menyokong kepemimpinan Datuk Seri Ismail.



Namun, Datuk Seri Ismail sebelum ini dilaporkan menafikan dakwaan wujud dua kem dalam kepemimpinan parti itu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >