Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ismail Sabri nikmati majoriti tipis dek PH hanya mahu berkecuali semasa undi yakin

Sep 7, 2021 | 5:30 AM
NORMA BARU: Anggota pasukan pembelajaran Amtas kelihatan sedang memasuki pintu masuk premis Masjid Nabawi di mana mereka diperlukan menunjukkan status vaksinasi mereka kepada pegawai sebelum dibenarkan masuk. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA
NORMA BARU: Anggota pasukan pembelajaran Amtas kelihatan sedang memasuki pintu masuk premis Masjid Nabawi di mana mereka diperlukan menunjukkan status vaksinasi mereka kepada pegawai sebelum dibenarkan masuk. - Foto BH oleh HARITH MUSTAFFA -

KUALA LUMPUR: Langkah kontroversial pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak mengadakan usul percaya yang diminta Yang Di-Pertuan Agong Malaysia datang selepas pembangkang Pakatan Harapan (PH) menawarkan akan berkecuali semasa undian, sebagai pertukaran bagi beberapa inisiatif reformasi dan Covid-19.

Beberapa sumber rasmi memberitahu akhbar The Straits Times gabungan parti pembangkang itu telah menyerahkan satu lakaran perjanjian mengenai tawaran berkecuali itu sebelum mesyuarat Kabinet minggu lalu, yang memutuskan membentuk sebuah jawatankuasa peringkat menteri melibatkan semua parti utama dalam kerajaan bagi mengkaji usul tersebut.

"Beberapa menteri akan meneliti usul PH itu," kata satu sumber Kabinet, yang tidak mahu dinamakan kerana maklumat tentang mesyuarat itu masih rahsia.

Datuk Ismail Sabri, naib presiden Umno, mengadakan pertemuan dengan pemimpin pembangkang bagi perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 21 Ogos, tetapi mereka membuat tawaran balas akan hanya berkecuali dan bukan mengundi menyebelahinya, menyebabkan kerajaan beliau mempunyai majoriti tipis - 114 kerusi daripada Parlimen sebanyak 220 kerusi, termasuk dua kekosongan akibat kematian.

CSA itu melibatkan ahli parlimen pembangkang menyokong kerajaan dalam usul percaya dan pembentangan belanjawan, sama ada dengan mengundi menyokong atau berkecuali.

Tindakan PH disebabkan keprihatinan bahawa ketegangan dalam Umno belum terhurai, dengan kumpulan 15 ahli parlimen yang menyokong presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dipinggirkan dalam kerajaan baru.

Ia hanya mendapat satu jawatan timbalan menteri dalam barisan Kabinet Datuk Ismail Sabri, yang sebahagian besarnya serupa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos.

ST difahamkan Datuk Zahir mahu menggantikan Speaker Parlimen, Datuk Azhar Azizan Harun, dengan salah seorang penyokongnya apabila Dewan bersidang semula pada 13 September, kerana Datuk Azhar dilihat lebih condong kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin.

Sementara itu, kenyataan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun Sabtu lalu bahawa "pelantikan perdana menteri baru yang memerlukan pengesahan sebarang pihak selain Yang Di-Pertuan Agong... tidak sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan" ditolak banyak pihak.

Sebelum pemilihan Datuk Ismail Sabri sebagai perdana menteri baru pada 20 Ogos, Sultan Abdullah Ahmad Shah bertitah sesiapa yang dilantik "harus secepat mungkin mengadakan usul percaya" di Parlimen.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg