Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ismail Sabri PM Malaysia ke-9

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



MANTAN timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.



Pengumuman itu dibuat melalui satu kenyataan akhbar petang semalam selepas berakhirnya Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.



Majlis pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri dijadualkan pada 2.30 petang ini di Istana Negara.



Datuk Ismail Sabri, 61 tahun, adalah naib presiden Umno dan telah menerima pencalonan sokongan bagi jawatan tersebut daripada 114 daripada sejumlah 220 Anggota Parlimen (AP).



Kumpulan AP itu merangkumi ahli Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta wakil rakyat bebas.



Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, 74 tahun, yang memimpin pakatan pembangkang, dilaporkan menerima 105 sokongan.



Dalam kenyataan Istana itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Agong telah berkenan menerima menghadap 114 AP kelmarin untuk mengesahkan kepercayaan mereka ke atas ahli Dewan Rakyat (Parlimen) yang telah dicalonkan sebagai perdana menteri.



"Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.



"Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan dengan pelantikan Perdana Menteri ini, maka kerajaan perlu meneruskan usaha memerangi pandemik Covid-19 dengan segera demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat krisis dan ancaman pandemik ini," ujar kenyataan itu.



Sementara itu, Raja-Raja Melayu turut menyokong pendirian Agong, supaya pembentukan kerajaan yang stabil dibuat secepat mungkin selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai perdana menteri Isnin lalu.



Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, mereka menyokong tindakan Agong dalam melakukan penelitian dan pemerhatian secara lebih mendalam surat akuan dan pengesahannya ketika sesi menghadap secara semuka dan maya oleh setiap AP.



"Seri Paduka turut menyeru seluruh rakyat agar terus bertenang dan bersama baginda mendoakan negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak Covid-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera," tambah kenyataan itu.



Dihubungi Berita Harian, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, pelantikan Datuk Ismail Sabri itu memberinya peluang untuk memperkenalkan dasar baru lebih inklusif.



"Inilah masa beliau dan kerajaan baru pimpinannya memperbetulkan keadaan kerana ada yang beranggapan PN adalah kerajaan yang gagal. Pentadbiran kepimpinan beliau perlu belajar daripada PN sebelum ini," ujarnya.




Laporan lanjut: Pelantikan PM baru 'diharap tamatkan kemelut politik, tangani Covid-19'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >