Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERKEMBANGAN POLITIK DI MALAYSIA

Ismail Sabri: Tiada pembangkang dalam Kabinet

Aug 25, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengatakan beliau tidak akan melantik pihak pembangkang untuk menjadi anggota Kabinet barunya.



Menjelaskan demikian, beliau berkata:



"Mereka tidak ada dalam Kabinet, tidak ada kerajaan perpaduan yang membabitkan parti pembangkang tetapi kita boleh bekerjasama dan pandangan mereka boleh diberi dalam Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 dan Majlis Pemulihan Negara (MPN) khususnya bagi pemulihan ekonomi.



"Saya juga berterima kasih kepada pembangkang yang memberi reaksi menggalakkan untuk berbincang.



"Jadi, saya akan berjumpa mereka bagi melihat apa peranan mereka selepas ini," katanya kepada wartawan kelmarin.



Dalam ucapan sulungnya pada Ahad lalu, Datuk Ismail Sabri menawarkan kepimpinan pembangkang untuk menganggotai MPN dan Jawatankuasa Khas tersebut.



Naib Presiden Umno yang juga Ahli Parlimen (AP) Bera itu dilantik sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia Sabtu lalu, mengambil alih jawatan itu daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kehilangan majoriti di Dewan Rakyat (Parlimen) baru-baru ini.



Selain itu, Datuk Ismail Sabri juga menjelaskan bahawa senarai nama barisan Kabinet baru dijangka diumumkan minggu ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Datuk Ismail Sabri berharap orang ramai tidak mempercayai senarai nama menteri yang sedang tular di media sosial memandangkan senarai anggota Kabinet dalam proses dimuktamadkan.



"...Saya akan umum selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.



"Senarai belum ada, jangan percaya sebab saya lihat setiap hari ada keluar senarai baru, tetapi itu semua tidak betul," katanya lagi.



"Mengenai Timbalan Perdana Menteri dari Sarawak, saya akan pertimbang semua sebelum putuskan siapa jadi menteri, kita lihat secara keseluruhan dan ambil kira kepentingan semua pihak.



"Mengenai nama kerajaan ini, kita guna Kerajaan Malaysia sahaja," katanya.



Sementara itu, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, kelmarin mengesahkan beliau telah meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.



Beliau membuat keputusan itu atas beberapa alasan, susulan pelantikan Perdana Menteri baru selain tuntutan rakyat yang kuat serta jelas bagi kerjasama pelbagai parti.



"Saya meletakkan jawatan saya supaya kerajaan dan pembangkang mempunyai lebih ruang untuk menetapkan semula Dewan Rakyat supaya ia benar-benar dapat berfungsi sebagai forum bagi persaingan dan kerjasama profesional antara parti mengenai dasar dan tadbir urus," katanya dalam kenyataan di Facebooknya.



Beliau dilantik ke jawatan berkenaan pada 13 Julai tahun lalu, di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).



Bagi mengurangkan spekulasi orang ramai mengenai peletakan jawatannya dan pelbagai versi tidak benar yang turut mengaitkan dirinya dalam barisan Kabinet, beliau berkata, alasan peletakan jawatan itu antara lain disebabkan kapasiti moral peribadi sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.



"Pada masa hadapan, Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu digantung daripada sebarang jawatan parti politik bagi memastikan beliau tidak berpihak dalam politik, yang menjadi kunci utama jawatan ini dan boleh menjalankan fungsinya dengan berkesan tanpa takut atau pilih kasih," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >