Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ismail Sabri umum Kabinet baru, tanpa jawatan timbalan PM

PM M'sia namakan empat menteri kanan; kali kedua dalam sejarah M'sia tidak punyai timbalan perdana menteri
Aug 28, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam mengumumkan Kabinet baru negara itu - tanpa jawatan timbalan perdana menteri namun sebaliknya mempunyai empat menteri kanan.



Ini merupakan kali kedua dalam sejarah negara itu Kabinet baru tidak mempunyai timbalan perdana menteri.



Kali pertama adalah semasa penamaan Kabinet sebelum ini di bawah pentadbiran terdahulu mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Keseluruhannya terdapat 31 menteri dan 38 timbalan menteri - hampir sama berbanding sejumlah 70 menteri dan timbalan dalam Kabinet lama.



Hampir 80 peratus menteri lama dalam kerajaan terdahulu juga dikekalkan.



Menteri Kanan yang dilantik semula adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya; dan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan.



Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula, yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Kanan Luar Negeri, bertukar portfolio kepada Menteri Kanan Pertahanan.



Kesemua anggota Kabinet baru dijadual mengangkat sumpah bagi jawatan mereka pada Isnin ini.



Mengumumkan penamaan Kabinet baru itu secara langsung di Perdana Putra di Putrajaya melalui pelbagai platform media sekitar 11 pagi semalam, Datuk Ismail Sabri berkata barisan Kabinetnya telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.



"Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini (semalam) merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat.



"Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik Covid-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.



"Umum mengetahui saya menerima kerajaan ini dalam keadaan seadanya. Justeru, pembentukan Kabinet ini merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa, demi mengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih daripada segala-galanya," ucapnya.



Datuk Ismail Sabri menambah, barisan Kabinetnya komited menjayakan agenda negara, melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.



"Barisan Kabinet ini dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan, dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur," jelasnya.



Kabinet baru itu, katanya lagi, juga perlu berorientasikan hasil yang berlandaskan kepada tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa; bertanggungjawab dan amanah; dan mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat.



Datuk Ismail Sabri menambah, beliau akan pastikan Kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.



"Oleh itu setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.



"Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama," ujar perdana menteri Malaysia kesembilan itu yang juga naib presiden Umno.



Antara perubahan Kabinet baru adalah pelantikan Encik Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan yang bertukar portfolio dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba.



Antara muka baru pula termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu; serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.




Laporan lanjut: Hampir 80% menteri kerajaan lama kekal dalam Kabinet baru M'sia




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >