Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ismail Sabri Yaakob dilantik Timbalan Perdana Menteri M'sia

Jul 7, 2021 | 5:42 PM
Foto FAIL
Foto FAIL -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan ketika ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Rabu (7 Julai), memaklumkan pelantikan ini akan dapat membantu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa ini.

Katanya, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.

"Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Ismail Sabri. Selain itu, Perdana Menteri bersetuju supaya Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya.

Katanya, kedua-dua pelantikan ini sudah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan berkuat kuasa serta-merta.

"Adalah diharapkan pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik Covid-19, memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan kerajaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti.

"Pejabat Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ismail Sabri dan Hishammuddin di atas pelantikan ini," katanya. - Berita Harian Malaysia

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg